Taqiyyah

Taqiyyah Di Kalangan Ahl Sunnah, Khawarij dan Syiah

 

Sumber: Dipetik dan Diterjemahkan dari buku Dirasat al-Firaq wa al-Aqaid al-Islamiyah

karya Prof. Dr. Irfan Abdul Hamid Fattah (UIAM) oleh Hasmadi Hamdan, Al al-Bayt University, Jordan


DARI segi bahasa, Taqiyyah bererti berhati-hati. Dari segi istilah pula, taqiyyah bermaksud: Menyembunyikan kepercayaan daripada binasa dan berkawan dengan musuh sedangkan hati masih menyimpan kemarahan sehingga hilang tegahan untuk memberontak. Allah Taala berfirman yang bermaksud: Kecuali sekiranya kamu berwaspada (Al Imran: 28). Di dalam hadis Nabi, diterangkan: Kita mengukir senyuman kepada mereka sedangkan hati kita melaknati mereka (al-Bukhari, al-Sahih di dalam Kitab al-Adab).
Seikh al-Mufid, seorang ulama Syiah kurun ke-4 hijrah menerangkan: Taqiyyah bermaksud: Menyembunyikan kebenaran dan melindungi kepercayaan daripada seteru. Mengelak daripada pengetahuan mereka yang boleh menyebabkan kemudharatan kepada kehidupan dan agama (al-Mufid, Tashih Aqaid al-Syiah al-Imamiah).
Walaupun Taqiyyah lebih merupakan kelakuan politik dan aqidah yang khusus bagi firqah Syiah, namun para pengikut mazhab-mazhab Islam yang lain juga beramal dengannya. Dalil-dalil tentang Taqiyyah pula boleh kita kutip di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi sendiri. Allah Taala berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman tidak akan menjadikan orang-orang kafir sebagai wali-wali mereka. Sekiranya seseorang melakukan perbuatan itu, Allah Taala akan memutuskan perhubungan dengannya. Kecualilah sekiranya kamu berbuat begitu untuk berwaspada” (Al Imran: 28). Allah Taala berfirman lagi: “Sesiapa sahaja yang menjadi kafir selepas dia beriman, kecualilah sekiranya dia terpaksa sedangkan hatinya masih beriman” (al-Nahl: 106). Di dalam Sunnah Nabi Muhammad juga pernah disebutkan lalu dijadikan kaedah pula oleh ulama di dalam berbagai-bagai perkara iaitu sabdanya: “Kesalahan ummatku tidak akan dikira sekiranya mereka tersilap, terlupa dan mereka terpaksa melakukan perkara yang mereka benci” (Ibnu al-Arabi, Ahkam al-Quran).
Kita akan melihat pula bagaimana para pengikut mazhab-mazhab Islam secara amnya berpegang dengan prinsip Taqiyyah ini. Yang berbeza cuma gambarannya sahaja. Adakah taqiyyah merupakan fardhu yang mesti dilakukan? Ataupun hanya sebagai kemudahan yang harus ditinggalkan ataupun boleh digunakan pada waktu dharurat dan pada keadaan-keadaan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu juga? Ataupun adakah taqiyyah di dalam perbuatan sahaja? Atau di dalam perbuatan dan perkataan?
Bagi al-Khawarij, mereka tidak mengharuskan sama ada di dalam perkataan ataupun di dalam perbuatan (al-Syatibi, al-Muwafaqat).
Sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah berkali-kali memberontak terhadap kerajaan dan mereka juga terkenal dengan keganasan mereka menghadapi musuh. Namun begitu, kajian yang dilakukan membuktikan pula bahawa pendapat ini bukanlah merangkumi semua firqah al-Khawarij. Al-Azariqah (pengikut Nafi’ bin al-Azraq) berpendapat: Taqiyyah tidak halal, lari daripada peperangan adalah kafir yang nyata. Dia mengambil dalil daripada firman Allah yang bermaksud: Mereka takut akan manusia seperti takut akan Allah (al-Nisa’: 77) dan juga firman Allah yang bermaksud: Mereka berjuang di jalan Allah dan tidak takut kepada orang-orang yang selalu mencela (al-Maidah: 54) (al-Asyaari, Maqalat Islamiyyin dan al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal).
Ada pula yang melewati batas akal dan agama dengan menghalalkan taqiyyah di dalam perkataan dan perbuatan seperti firqah al-Najdat (pengikut Najda bin Amir al-Hanafi). Mereka mengharuskan taqiyyah di dalam perkataan dan perbuatan sekalipun jika sampai ke tahap membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah. Bagi al-Safariah (pengikut Ziad bin al-Asfar), mereka lebih sederhana. Mereka mengharuskan taqiyyah di dalam percakapan sahaja dan perbuatan tidak termasuk di dalam taqiyyah (al-Asyaari, Maqalat Islamiyyin dan al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal).
Walaupun golongan al-Muktazilah mewajibkan al-Amru bi al-Maaruf wa al-Nahy an al-Munkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran), ada sebahagian daripada mereka yang mengharuskan taqiyyah bilamana timbul bahaya yang boleh menjejaskan jiwa-raga. Abu al-Hudzail al-Allaf pernah berkata: Seseorang yang benci untuk melakukan sesuatu perkara lalu dia dipaksa melakukannya sedangkan dia tidak pandai untuk mencari jalan keluar yang lain, bolehlah dia berdusta (al-Khiyat al-Muktazili, Kitab al-Intisar dan al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal).
Ahli Sunnah telah bersepakat mengatakan taqiyyah merupakan kemudahan yang harus dilakukan. Tetapi kemudahan itu hanya pada perkataan dan bukannya perbuatan. Imam al-Ghazali berkata: Memelihara darah orang Islam merupakan kewajipan. Sekiranya dengan berbohong boleh mengelakkan berlakunya pertumpahan darah, berdusta pada waktu itu adalah wajib (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din di dalam bab Kemudahan Untuk Berdusta).
Ulama Fekah dan Ilmu Kalam telah berusaha meletakkan syarat-syarat tertentu bagi taqiyyah. Bimbang kalau-kalau taqiyyah digunakan sewenang-wenangnya di dalam kehidupan. Antara syarat-syaratnya ialah:
Taqiyyah merupakan kemudahan yang harus dilakukan. Sekiranya seseorang Islam berada di dalam negara kafir dan dia bimbang akan jiwa dan hartanya, ada kalanya dia mengikut mereka dan ada kalanya dia menunjukkan juga agamanya. Ibnu Jarir al-Tabari berkata: Taqiyyah adalah berwaspada terhadap orang-orang kafir sahaja (Ibnu Jarir al-Tabari, Tafsir Ibnu Jarir al-Tabari).
Al-Fakhr al-Razi pula berkata: Taqiyyah berlaku sekiranya seseorang lelaki berada di dalam negara kafir dan bimbang terhadap jiwa dan hartanya lalu dia melakukan taqiyyah dengan lidahnya (al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Fakh al-Razi).
Ada di antara ulama Fekah yang mengatakan sekiranya berlaku percampuran di antara golongan Islam dengan golongan Musyrik, taqiyyah bolehlah dilakukan untuk memelihara jiwa kerana memelihara jiwa adalah wajib. Ini adalah pendapat Imam Syafei r.a. Ibnu Hazem pula berkata: Tidak ada perbezaan di antara takut akan kerajaan dengan takut akan pencuri atau sesiapa sahaja yang bukan kerajaan. Semuanya adalah sama sahaja (Ibnu Hazem, al-Muhalla).
Taqiyyah hanya merupakan kemudahan. Oleh itu, lebih baiklah bertekad dengan aqidah atau beramal dengan azimah (hukum asal). Hal ini demikian kerana beramal dengan azimah akan menakutkan orang-orang kafir. Ada pula ulama yang menghalang daripada beramal dengan taqiyyah dan menyifatkannya sebagai munafik dan berpura-pura (al-Sarkhi, al-Mabsut).
Al-Zamakhsyari berkata: Sekiranya kau bertanya kepadaku: Di antara kemudahan dan azimah, yang mana lebih baik? Adakah perbuatan Ammar bin Yasir yang menggunakan kemudahan (Taqiyyah) lalu mengucapkan perkataan kufur ataupun perbuatan ayah dan ibunya yang sabar di atas kebenaran lalu mereka dibunuh? Dengarlah apa kataku! Bahkan perbuatan ayah dan ibunyalah yang paling baik. Hal ini demikian kerana meninggalkan taqiyyah serta sabar pula sehingga dibunuh merupakan kemegahah kepada agama Islam (al-Zamakhsyari, Tafsir al-Kasyaf).
Kata al-Baidhawi pula: Menjauhkan taqiyyah lebih baiklah kerana menjauhkannya akan menunjukkan kemegahan Islam (al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi).
Taqiyyah hanya harus dilakukan dengan lidah sahaja. Sekiranya seseorang Islam terpaksa membunuh, berzina, merampas harta orang ataupun sampai terpaksa pula memfitnah orang lain dan memberikan pengakuan palsu, pada masa ini taqiyyah haram pula dilakukan. Ibnu Abbas berkata: Taqiyyah hanya pada lidah. Bukannya pada tangan (membunuh) (al-Sarkhi, al-Mabsut).
Kata Ibnu Hazem pula: Kebencian pada perbuatan terbahagi kepada dua jenis:
Pertama: Apa yang diharuskan ketika dharurat seperti makan dan minum benda yang haram. Kedua-dua ini diharuskan ketika kebencian kerana kebencian penting dan tidaklah berdosa sekiranya dia terpaksa melakukan perkara ini.
Kedua: Apa yang tidak dibolehkan ketika dharurat seperti membunuh, mencederakan, memukul dan merosakkan harta-benda orang. Perkara ini memang tidak boleh dilakukanlah. Sesiapa yang terpaksa juga melakukannya dia mestilah membayar ganti-rugi kerana telah melakukan perkara yang haram (Ibnu Hazem, al-Muhalla).
Ada pula ulama yang berpendapat bahawa taqiyyah merupakan kemudahan pada permulaan dakwah Islam sahaja. Ketika orang-orang Islam bimbang dengan keadaan mereka. Selepas munculnya negara Islam yang kuat, tidak harus lagi menggunakan taqiyyah. Pendapat ini sama dengan Mujahid al-Makki (al-Razi, Tafsir al-Razi).
Bagi al-Hassan al-Basri pula, dia bependapat bahawa taqiyyah: Harus kepada orang-orang yang beriman sehingga hari kiamat (al-Sarkhi, al-Mabsut).
Dia mengambil dalil daripada kebenaran Rasulullah S.A.W yang telah bersabda kepada Ammar bin Yasir yang maksudnya: “Sekiranya mereka kembali menyakitimu, ulanglah kembali dengan apa yang telah kau ucapkan” (al-Baidhawi, Tafsir al-Baidhawi).

Mazhab-mazhab Syiah di dalam Taqiyyah
Kebanyakkan para pengkaji Syiah menggambarkan seolah-olah Syiah sahajalah yang mengamalkan taqiyyah sehingga menjadi teori yang khusus bagi mereka pula. Mereka berkata taqiyyah merupakan cara untuk menubuhkan kelab-kelab rahsia ataupun persatuan yang akan membuat huru-hara. Mereka bependapat bahawa Syiah menjadikannya satu prinsip yang wajib pula yang mesti dipelihara oleh setiap pengikut Syiah (Goldziher, al-Aqidah wa al-Syariah – Philip Hitti, Tarikh al-Arab – Ahmad Amin, Dhuha Islam).
Sebenarnya mereka semua telah terjatuh ke dalam ijtihad yang salah ketika memperkatakan tentang taqiyyah. Mereka gagal membezakan di antara berbagai-bagai segi yang terdapat di dalam taqiyyah. Dari sini, seseorang pengkaji perlulah memahami gambaran-gambaran untuk mengenal-pasti kebenaran masalah taqiyyah ini.
Gambaran yang pertama:
Taqiyyah merupakan salah satu cara melindungi kebenaran untuk mengelakkan kecelakaan yang akan memusnahkan jiwa-raga. Seperti mana yang telah kita perhatikan di dalam mazhab-mazhab Islam yang lain, inilah juga makna taqiyyah. Taqiyyah juga merupakan kemudahan bagi seseorang Islam yang boleh dilakukan bilamana timbul sesuatu bahaya yang boleh menghancurkan diri dan harta-benda. Inilah juga makna kebencian yang dijadikan kaedah oleh ulama Fekah dan Aqidah iaitu: Tidak akan berlaku hukum syarak sekiranya perbuatan itu berlaku sedangkan orang yang membuat itu membencinya berdasarkan pula daripada hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud: Ummatku tidak dikira berdosa sekiranya mereka tersilap, terlupa dan melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak menyukainya (terpaksa).
Taqiyyah merupakan satu gambaran yang berkait-rapat dengan keadaan politik yang dialami oleh golongan Syiah sepanjang sejarah. Ketika berlaku kekalutan politik dan kebimbangan dengan penindasan yang telah berlaku, mereka telah cenderung ke arah mengiyakan sahaja kerajaan pada waktu itu sebagai jalan untuk melepaskan diri daripada kezaliman kerajaan. Taqiyyah beransur-ansur kurang selepas Syiah dapat hidup selesa kemudian daripada itu.
Ibnu Babawaeh al-Qummi (381H) yang hidup di dalam keadaan politik yang tidak membenarkan Syiah menyebarkan pendapat mereka telah bependapat bahawa taqiyyah merupakan suatu kewajipan agama. Dia berkata: Kami berpendapat taqiyyah adalah wajib. Sesiapa yang meninggalkannya seolah-olah dia meninggalkan fardhu yang lain seperti solat. Sesiapa yang meningalkannya sebelum munculnya Imam al-Mahdi, dia telah terkeluar daripada agama Allah, Rasulnya dan agama Imam-imam (Ibnu Babawaeh al-Qummi, Aqaid al-Syiah al-Imamiah).
Pada waktu ini, ulama Syiah terlalu berkeras di dalam taqiyyah dan beramal dengannya. Al-Kulaini dan Ibnu Babawaeh al-Qummi telah meriwayatkan dari Jaafar al-Saadiq ketika mentafsirkan firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka diberikan pahala dua kali di atas kesabaran mereka (al-Qasas: 54) berkata: Dengan kesabaran mereka melakukan taqiyyah.

Katanya lagi ketika mentafsirkan firman Allah Taala yang bermaksud: Mereka menolak kejahatan dengan kebaikan (al-Raad: 22) dengan katanya: Kebaikan itu adalah taqiyyah dan kejahatan itu berterus-terang. Dia juga telah berkata: Sembilan persepuluh daripada agama itu adalah taqiyyah. Dan sesiapa yang tidak beramal dengan taqiyyah bukanlah orang-orang yang beriman. Katanya lagi: Aku telah mendengar ayahku berkata: Aku amat cinta akan taqiyyah. Sesiapa yang beramal dengan taqiyyah akan diangkat martabatnya. Juga katanya: Taqiyyah merupakan agamaku dan juga agama datuk nenekku. Sesiapa yang tidak berpegang kepada taqiyyah, dia bukanlah seorang yang beriman (al-Kulaini, al-Kafi di dalam bab taqiyyah).
Namun begitu, seorang tokoh reformis Syiah pada kurun ke-4, Syeikh al-Mufid berpendapat: Taqiyyah harus ketika bimbang akan keselamatan jiwa sahaja. Dan ada kala taqiyyah harus juga bilamana bimbang akan kemusnahan harta-benda. Dan aku berkata: Taqiyyah hanya harus di dalam perkataan ketika perlu dan tidak harus di dalam perbuatan seperti membunuh orang-orang Islam ataupun merosakkan agama (al-Mufid, Awail al-Maqalat).
Bilamana zaman berubah dan kekalutan politik juga telah berakhir, semakin kurang jugalah pegangan Syiah terhadap taqiyyah sehingga ada yang bependapat: Mereka tidak mengharuskan taqiyyah kecuali sesiapa yang bimbang akan keselamatan jiwanya. Jikalau tidak mereka tidak mengharuskannya (al-Tusi, Mulakhas al-Muhassal).
Gambaran yang kedua:
Gambaran yang selalu diabaikan oleh penulis-penulis tentang Syiah terutamanya ketika membincangkan prinsip taqiyyah ini. Pada pendapat saya gambaran ini amat penting yang merupakan sebab-sebab timbulnya taqiyyah. Ini bermaksud prinsip ini terikat dengan teori Syiah tentang khilafah dan Imamah yang berdasar kepada nas dan penentuan. Di sini, barangkali kita boleh mengelak berlakunya pertembungan antara Ahli Sunnah dengan Syiah dari segi prinsip.
Ulama Syiah telah cuba menerangkan beberapa perkara penting yang berkait dengan kemunculan Syiah dan perkembangannya melalui prinsip taqiyyah ini:
Pertama: Pendapat yang mengatakan Imam bebas daripada kesilapan, ditentukan melalui nas daripada Allah yang pasti, kemudian imam-imam ini membisu dengan tidak menuntut hak mereka, bahkan mengiktiraf pula kerajaan yang ada pada waktu itu akan menimbulkan pelbagai pertembungan akal kecuali dengan cara mengadakan taqiyyah. Ulama Ahli Sunnah telah memperkatakan tentang pertembungan di antara kebisuan imam di dalam menuntut hak mereka dengan hak mereka yang telah ditentukan oleh Allah melalui dalil-dalil yang pasti. Al-Fakhr al-Razi pernah berkata: Kemudian pendapat ini (pendapat yang mengatakan Imam dipelihara dan telah ditentukan) bercanggah dengan perlakuan Saidina Ali dan anak-anaknya. Seandainyalah mereka itu benar-benar Imam, mengapa mereka tidak memerangi kezaliman untuk mendapatkan hak mereka? Dari sinilah Syiah membuat kaedah lain iaitu taqiyyah (al-Fakhr al-Razi, Muhsal Araa al-Mutaqaddimin wa al-Mutaakhirin).
Jadi kita dapat melihat bagaimana prinsip taqiyyah ini berkait dengan prinsip nas dan penentuan. Al-Zaidiyyah yang menolak prinsip nas dan penentuan lalu membawa prinsip syura dan pemilihan di dalam melantik imam pula kita lihat telah menolak prinsip taqiyyah. Inilah yang merupakan punca perbalahan asasi di antara kedua-dua golongan ini (al-Syahrastani, al-Milai wa al-Nihal).
Kedua: Kebanyakan buku-buku mengatakan imam-imam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat yang ada kalanya berbeza dengan pendapat imam yang lain. Namun bagi Syiah, pendapat yang berbeza ini bukanlah merupakan kesilapan. Imam terpelihara daripada melakukan kesalahan. Apa yang keluar daripada mulutnya hanyalah taqiyyah untuk menjaga diri daripada kemusnahan. Ibnu Babawaeh al-Qummi berkata: Ahl al-Bayt tidak berbeza pendapat. Mereka memberikan fatwa yang benar sahaja. Barangkali fatwa itu merupakan taqiyyah. Apa yang berbeza daripada mereka adalah taqiyyah. Taqiyyah merupakan rahmat bagi Syiah (Ibnu Babawaeh al-Qummi, Maani al-Akhbar).
Pebezaan pendapat ini telah menyebabkan golongan al-Butriah (pengikut al-Hassan bin Salleh bin al-Hayy) keluar daripada firqah Imam Abu Jaafar Muhammad al-Baqir. Kata al-Qummi: al-Butriah telah mendengar salah seorang daripada mereka yang bernama Umar bin al-Riyah bertanya kepada Abu Jaafar tentang satu masalah lalu dijawab olehnya. Pada tahun berikutnya, dia datang lagi lalu bertanya masalah yang sama juga. Lalu dijawab oleh Abu Jaafar dengan jawapan yang berlainan pula. Dia pun berkata kepada Abu Jaafar: Jawapan ini berbeza dengan jawapan yang telah kau berikan kepadaku pada tahun lepas. Lalu Abu Jaafar berkata: Barangkali apa yang telah aku katakan dahulu merupakan taqiyyah. Dia merasakan tidak yakin dengan Abu Jaafar lagi dan berkata: Imam tidak mungkin berkata sesuatu lain dengan apa yang diwajibkan oleh Allah (al-Qummi, Awail al-Maqalat).
Daripada penerangan ringkas ini, dapatlah kita fahami prinsip taqiyyah yang dipegang oleh Syiah Imamiah Ithna Asyariah. Taqiyyah merupakan cara untuk melepasi keganasan politik dan juga sebagai satu cara untuk menyesuaikannya dengan prinsip nas dan penentuan. Pendapat yang berkata Imam telah ditentukan oleh nas yang nyata dan pasti tidak akan sempurna tanpa taqiyyah.

Tambahan:

Al-Quran menegaskan tentang seorang mukmin dalam keluarga Fir’aun: “Dan seorang mukmin dari keluarga Fira’un yang menyembunyikan imannya berkata: “Apakah kalian akan membunuh seseorang yang berkata ‘Allah adalah Tuhanku’ padahal ia telah membawakan kalian kebenaran-kebenaran dari Tuhan kalian.” (QS. 40:28)

Kalimat yaktumu imanah, menyembunyikan imannya, jelas-jelas menegaskan masalah taqiyyah. Maka apakah bijaksana jika mukmin dari keluarga Fira’un itu terang-terangan menyatakan imannya, padahal dapat membahayakan keselamatannya? Selain itu tidak ada manfaat yang dapat diperolehnya.

Catatan: Daripada keterangan cendikiawan Ahl Sunnah di atas jelas menunjukkan bahawa orang yang mengamalkan taqiyyah bukanlah sesat menurut Ahl Sunnah. Perkara ini telah dibahas di abad-abad yang lampau oleh para ulama. Mereka hanya berbeza dalam perkara sama ada taqiyyah itu boleh dengan perbuatan atau perkataan sahaja atau kedua-duanya sekali, dengan orang kafir dll. Namun, alangkah sukarnya kita hendak mendidik masyarakat dengan perbahasan yang lebih ilmiah dan berfakta seperti ini. Kebanyakannya lebih suka berbahas secara FALLACY dan menyesatkan golongan lain yang tidak sefahaman tanpa cuba mengkaji hujah mereka. Tidakkah kadangkala kita juga bertaqiyyah dengan isteri atau bos kita??? Adakah ini bermaksud kita telah menjadi Syi’ah (pengikut) Ammar bin Yasir dan seorang mukmin dari keluarga Fir’aun namun dalam konteks yang berlainan??? Atau kita cuba meluaskan makna taqiyyah menurut Imam al-Ghazali dalam bab Kemudahan Untuk Berdusta???

1.     Dari segi bahasa (lughawi) menurut kamus Arab (Lisanul Arab):Perkataan  Tuqah, Taqiyah, Taqwa : Maknanya sama iaitu memelihara diri, bertaqwa.

2.       Manakala menurut kamus Arab yang lain iaitu Taj al-Arus: Taqiyyah, tuqah adalah kata terbitan (masdar) kpd ittaqa. Maknanya memelihara diri (waspada).

3.       Justeru itu, dalam khutbah Jumaat selalu dibacakan ayat al-Quran “Ittaqullah” yang diterjemahkan kpd “Takutlah kamu kepada Allah”. Maka cara takut kepada Allah bukan dgn lari daripada Allah tapi “Peliharalah diri kamu’ dengan cara melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

4.       Maka “Taqiyyah” dalam kehidupan seharian dapat diringkaskan kepada : Jika kamu takut berlaku sesuatu yang membahayakan atau tidak baik kepada diri, keluarga, agama, harta, maruah, (atau barangkali “jawatan N44” yang belum disahkan) dan lain-lain maka “peliharalah diri kamu”. Cara pelihara… sendiri kena fikir lah…. Kerana yang penting kita faham konsep taqiyyah tu ada dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran (seorang mukmin dari keluarga Fir’aun) dan Hadis (Kisah Ammar bin Yasir) manakala cara amalannya bermacam-macam mengikut keperluan.

5.   Adapun yang mengharamkan Taqiyyah adalah golongan Khawarij (slogannya “La Hukma Illallah- Tidak ada hukum selain Hukum Allah” .

6.   Justeru itu Khawarij Moden sanggup melakukan pengeboman bunuh diri, mengkafirkan, membid’ahkan dan menyesatkan golongan lain dll bagi mencapai matlamat dakwahnya.

7.   Abd Rahman bin Muljam (Tokoh Khawarij Klasik) yang hitam dahinya kerana kesan sujud sanggup membunuh Saidina Ali (pemimpin yang sah) dalam Masjid Kufah, hari Jumaat, 17 Ramadhan waktu Suboh kerana menganggap saidina Ali telah KAFIR kerana bersetuju berdamai dengan Muawiyah dalam Perang Siffin. Khawarij juga memerangi saidina Ali (Wasi Nabi yang sah) dalam Perang Nahrawan.

Dalam catatan sejarah air mata: Dendam yang tak berkesudahan sehingga kini  

Sumber: 17 Ramadhan- Drama Cinta Di Sebalik Pembunuhan Imam Ali

(I)

Tujuh Belas Ramadhan (TBR) merupakan jalinan rumit kisah cinta antara Qutham dengan Said dan antara Khaulah dengan Abdurrahman bin Muljam. Qutham anak perempuan seorang Khawarij. Menuntut darah Ali bin Abi Thalib adalah cita-citanya semenjak ayah dan saudaranya terbunuh oleh tentara khalifah ke-4 itu pada peperangan Nahrawan di Sungai Dajlah (Tigris) dekat Baghdad. Sedang Said berdarah Umawy, yang juga menuntut darah Ali atas kasus terbunuhnya khalifah Usman bin Affan. Said memuja Qutham, seperti kumbang menemukan bunganya. Apalagi keduanya memiliki cita-cita yang sama. Pemuda itu kemudian membuat surat perjanjian untuk menikahi Qutham dengan darah Ali sebagai maharnya.

(II)

Khaulah anak seorang pembuat senjata di Mesir yang dekat dengan Amr bin Ash, ahli strategi Muawiyah dalam peristiwa Tahkim yang memenangkan anak Abu Sufyan itu secara politis atas Ali. Ayah Khaulah seorang khawarij pula, yang mendukung upaya pembunuhan atas menantu Rasulullah itu. Ia bahkan telah membuat pedang seribu dinar bertabur racun seribu dinar untuk Abdurrahman bin Muljam. Pemuda inilah yang akan melaksanakan tugas eksekusi itu. Khaulah sangat paham rahasia ini, karena sudah menjadi janji orangtuanya bahwa darah Ali akan menjadi mahar pernikahan Ibnu Muljam dengan dirinya. Padahal, Khaulah, berseberangan dengan Ayahnya. Ia berpihak pada Ali dan bertekad membantu menyelamatkannya.

(III)

Said berdiri di persimpangan jalan ketika dalam wasiatnya, Abu Rihab menyuruhnya menghapuskan dendam kesumat itu. Bahkan kakeknya itu meminta Said membantu menyelamatkan Ali dari pembunuhan oleh sekelompok orang. Ini bertentangan dengan perjanjian yang telah dibuatnya dengan Qutham.

(IV)

Sesampai di Kufah, Ibnu Muljam dipertemukan dengan Qutham oleh pembantu setianya. Melihat kecantikan gadis itu dan cita-cita yang sama untuk menuntut darah Ali – yang ditutup rapat gadis itu dari Said, Ibnu Muljam meminang gadis itu. Ini tentu pinangan baru setelah Said. Dan tentu saja, darah Ali menjadi maharnya.

Maka lengkaplah sudah konspirasi itu…..

Maka pembunuhan itu pun terjadilah. Ali ditikam dengan pedang beracun oleh Ibnu Muljam tepat di kening ketika Subuh tiba. Khalifah itupun wafat. Sedangkan Ibnu Muljam dibunuh oleh sahabat dan penjaga-penjaga Ali. Said akhirnya dibebaskan dengan meninggalkan penyesalan pada setiap orang.

(V)

Bagaimanapun, pembunuhan khalifah Ali bin Abi Thalib adalah sejarah berlumur darah kaum muslimin. Kita saja yang hidup 14 abad kemudian sangat menyayangkan mengapa hal itu bisa terjadi, meski tidak bisa mengambil tindakan apa-apa. Bagaimana mungkin para sahabat, orang-orang yang pernah hidup bersama Rasulullah dan menerima pembinaan langsung dari beliau, bahkan sebagian dari mereka sudah dijamin masuk syurga, bisa bertikai berkubang darah seperti itu……….

Rujukan: Tarikh Ibnul Atsir, tarikh Khumais, Sirah Halabiyah, Asadul Ghabah, Al-Mas’udi, tarikh Al-Khamis, dan sebagainya.

What is Taqiyah?

by Syed Saeed Akhtar Rizvi

Question 1:
What is the meaning of “Taqiyah”?
Answer: Its literal meaning is to safeguard; to defend; to fear; piety (because it saves one from the displeasure of Allah).
Al-Munjid says:
This gist of above is that the word taqiyah means to be on guard, to fear, to be pious.
The dictionary as-Surah says, (Taqiyah, tuqat = piety)

Question 2:
What is its significance in Islamic terminology?
Answer: In Islamic terminology it means “to save life, honour. or property (either one’s own or of other be­lievers) by hiding one’s belief or religion”.

Question 3:
Say whatever you like, but the fact re­mains that taqiyah is just another form of Nifaq (hypocrisy).
Answer. Far from it. In fact taqiyah is opposite of Nifaq. Remember, Iman and Kufr, when seen with their `declaration’, can be divided in four categories only:
(1) Correct belief of Islam by heart and its declaration in words. This is open Iman (faith).
(2) Belief against Islam by heart and expression of that anti Islamic belief in words. This is open Kufr (infidelity).

These two categories are opposite to each other and cannot combine in one place.
(3) Belief against Islam in heart but declaration of Islam in words. This is Nifaq (hypocricy).
(4) Correct belief of Islam by heart but declaration of anti Islamic belief in words. This is taqiyah, and these two categories (Nifaq and Taqyah are, likewise, opposite to each other and can never be found in one place.  (Imam ar-Razi too has clearly described this contrast in his tafsir in the following words: This points to the fact that (in these matters) consideration is given only to what is hidden in the heart. A hypocrite who shows faith and hides disbelief is a disbeliever, while a believer who under compulsion shows disbelief and hides faith is a be­liever; and Allah better knows that is hidden in the hearts of all. (View Tafsir Mafatihu ‘l ghayb, Egypt, under verse 19:10).)

Question 4:
Though this practice is allowed in the Qur’an and hadith, nevertheless it is something evil. I do not believe that Allah would like us to resort to it even if it is allowed.


Answer. …. if you ponder on the Qur’an you will see that the Holy Book of Allah presents taqiyah in a very commendable light. In the verse 40:28 Allah says: “And said a man who was a believer from among the people of Pharaoh: who used to conceal his faith … [Qur’an, 40:28]
It shows that Allah was well pleased with that hiding of the faith because it had great benefits, as Abu Talib kept his faith secret because it had great benefits. Just because Abu Talib did not announce his Faith, he was able to protect the life of the Holy Prophet (saw): Likewise, that believer from the family of Pharaoh was able to protect Prophet Musa (as) by not declaring his Faith openly.
Anyhow, his Faith based on taqiyah was so pleasing to Allah that he was counted as a “Siddiq” (Most Truthful). The Holy Prophet (saw) has said:
“There are three siddiqin: (1) Habib Najjar; (2) The faithful from the family of Pharaoh and (3) ‘Ali bin Abi Talib”. [`Ubaydullah Amritsari, Arjahu ‘l Matalib, 2nd ed., p. 23)

Not only “the Believer from the Family of Pharaoh” but, according to Al-Baidawi, even the Prophet Musa (as) had spent a considerable period of his life in taqiyah: See his Commentary under the following ayat,
Said (Pharaoh): Did we not cherish you amidst us as a child? And you did dwell amidst us for years of your’ life. [Qur’an, 20.18; Tafsir al-Baydawi, Egypt, vol. 1, pp. 112, 396 as quoted in Fulkun Najat, vol. 2, p. 103.]
Coming back to the time of the Holy Prophet of Islam, we know that the Holy Prophet kept his Mission secret for 3 years; and we have seen how ‘Ammar bin Yasir resorted to taqiyah. This was in Meccan period. Even after Hijrah there remained in Mecca many belie­vers whose Islam was unknown to others. When the peace of treaty was concluded in Hudaibiyah in 6 A.H. many Muslims were displeased with its terms.
Hadhrat Umar bin Khattab was so incensed that he protested to the Holy Prophet (saw), and in later days he used to say: “I did not entertain any doubt about the prophet­hood of the Holy Prophet since I accepted Islam except on that day of Hudaibiyah. [Imam as-Suyuti, Tafsir ad-Durru ‘l Manthur, vol. 6, p. 77).
Replying to that group, Allah explains one of the rea­sons of that treaty and one of the causes why war was not waged at that time: “And were it not for the believing men and believing women, not having known them you might’ have trodden them down; a crime would have afflicted you because of them without (your) knowledge. [Qur’an, 48:25]
This verse clearly says that there were believing men and believing women in Mecca whose Islam was un­known, not only to the pagans but even to the Muslims of Medina. And Allah describes such practicers of taqiyah a: ‘believing men’ and `believing women’.
In short, these verses, traditions and incidents clearly show and demonstrate that if one is in danger of one’s life because of his faith, then it is allowed to utter words against one’s true belief of Islam, to save the life which is more important and that `lie’ will not be counted against him.

The Sunni scholar, Najmuddin Tufi Hanbali writes:
“Know that the long arguments for and against taqiyah are useless …. but there is no doubt in its validity and legality. Of course, common people do not like its name (taqiyah) because it has been identified with the Shi’as. Otherwise, the whole world uses it naturally, though some call it `tolerance‘, others name it as `diplomacy, and some call it `common sense’. And it is proved by proofs of Shari’ah (Islam). (Tufi, Sharhu ‘l Arba’in an-Nawawi as quoted in Falkun Najat, 2nd ed. Lahore, vol. 2, p. 107).

wassalam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: