• Categories

  • Archives

Yuhanna

YUHANNA ZIMMI MENCARI KEBENARAN (Kisah pencarian kebenaran seorang Kristian) Oleh: Sayyid Sa‘id Akhtar Rizvi _______________________________________________ Edisi Terjemahan KOLEKSI PEMIKIRAN ISLAM ________________________________________________ MISI ISLAM BILAL, TANZANIA P.O.BOX 20033, DAR AL-SALAM, TANZANIA ¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤ Diterjemahkan dari buku aslinya Yuhanna In Search Of Truth Cetakan Bahasa Inggeris: Tanzania __________________________________________________ __________________________________________________ Hak terjemahan dilindungi undang-undang All rights reserved __________________________________________________ Cetakan Pertama: Oktober, 1994 __________________________________________________ ___________________________________________________ Edisi Bahasa Inggeris Yuhanna In Search Of Truth ___________________________________________________ Edisi Bahasa Melayu Copyright @ KANDUNGAN PERKARA 1. Pengenalan. 2. Perbezaan kepercayaan di kalangan umat Islam. 3. Yuhanna- kajian yang berterusan. 4. Apakah keempat-empat mazhab itu benar? 5. Adakah mazhab Hanafi benar? 6. Adakah mazhab Syafi‘i benar? 7. Adakah mazhab Maliki benar? 8. Adakah mazhab Hanbali benar? 9. Aliran yang paling benar ialah Syi‘ah. 10. Apakah manusia melakukan perbuatan dengan terpaksa. 11. Sadiq- nama bagi Ahl al-Bayt Muhammad (s.a.w). 12. Suatu pemerhatian terhadap Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman. 13. Adakah perlantikan Abu Bakr bagi jawatan khalifah dilakukan oleh Nabi (s.a.w). 14. Sebahagian dalil yang sahih mengenai kekhalifahan ‘Ali (a.s). 15. Al-Qur’an dan masalah khilafah ‘Ali (a.s). 16. Apakah alasan dan hujah yang membuktikan kemaksuman ‘Ali (a.s). 17. Keutamaan dan keistimewaan Imam ‘Ali (a.s). 18. Kelebihan keilmuan ‘Ali (a.s). 19. Keberanian ‘Ali (a.s). 20. Sifat dermawan, simpati dan keperkasaan Imam ‘Ali (a.s). 21. Sifat rendah diri Imam ‘Ali (a.s). 22. Ibadat ‘Ali (a.s) kepada Allah s.w.t. 23. Kritikan terhadap para sahabat. PRAKATA Bismi-Llah al-Rahman al-Rahim Prakata Penterjemah Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas limpahan hida¬yah dan inayah-Nya, salawat dan salam kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam Ahl al-Bayt (a.s), para sahabatnya yang tulus ikhlas menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya. Dengan segala daya dan upaya yang ada, saya telah berusaha untuk menyempurnakan sebuah penterjemahan buku yang ditulis dalam Bahasa Inggeris bertajuk “Yuhanna Zimmi in Search of Truth,” untuk dialihbahasakan ke Bahasa Melayu. Biarpun berhadapan dengan pelbagai kerumitan, saya berharap agar buku kecil ini akan dapat memenuhi kehendak para ilmuan yang tercari-cari sesuatu yang pernah hilang di suatu ketika dahulu. Kesukaran mungkin dihadapi oleh umat Islam kerana buku-buku bercorak Islam yang hakiki tidak begitu banyak didapati di dalam Bahasa Malaysia. Jadi, saya mengharapkan semoga keilmuan yang berharga ini dapat dimanfaatkan bagi kepentingan Islam umumnya dan umat Islam di Malaysia khususnya. Sebarang keilmuan yang terkandung dalam buku ini seharusnya dinilaikan dengan fikiran yang lebih terbuka tanpa sebarang prasangka dalam usaha kita mencari kebenaran yang hakiki. Semoga usaha yang tidak sepertinya ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Akhir kata, ucapan salawat dan salam ke atas Junjun¬gan kita Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam Ahl al-Bayt (a.s) (Allahumma salli ‘`ala Muhammad wa Al al-Muhammad). PENDAHULUAN Pada hari Allah s.w.t, pencipta alam semesta ini mengasaskan kewujudan alam ini, Ia telah menciptakan sebuah alam yang lengkap sempurna, jauh daripada sebarang kekurangan dan kecacatan dengan maksud agar pada suatu hari nanti, semuanya dapat berjalan dengan baik dan menuju matlamat ketauhidan kepada Allah s.w.t jua. Di antara makhluk-makhluk ciptaan-Nya, manusia dicipta dan dianugerahkan dengan akal dan nafsu supaya manusia dapat mempergunakan segala kemudahan dan meneruskan kegiatan hidup mereka di alam maya ini. Walau bagaimanapun, manusia tentulah tidak berupaya menanggapi semua persoalan misteri yang terjadi atau menjalani peringkat-peringkat kehidupan mereka dengan jaya tanpa mengalami saat-saat kematian dan kemusnahan. Justeru itu, Allah menyempurnakan penciptaannya dengan pertolongan dan petunjuk-Nya dengan mengutuskan para rasul dan nabi dari kalangan mereka sendiri untuk memimpin ke arah jalan yang benar dan lurus. Nabi atau utusan Allah, menerusi perutusan wahyu dan kurniaan kekuatan pemberian Allah, berupaya menyingkapkan tabir yang menghalanginya atau dengan kata-kata lain, mampu menyerlah intipati dunia ini ke seluruh pelusuk rantau. Kalaulah seandainya pada hari dan waktu dunia ini ketandusan cahaya kepimpinan Ilahi, tentulah akan berlaku porak-peranda. Jadi, manusia yang tidak ada daya dan upaya ini, dibebaskan daripada sebarang tanggungjawab lalu mereka akhirnya menuduh Allah berlaku tidak adil terhadap mereka. Keadaan ini samalah seperti Allah menciptakan manusia tetapi tidak menyediakan maka¬nan yang mencukupi untuk keperluan mereka. Hal ini tentunya mengaibkan lebih-lebih lagi kepada penciptanya sendiri. Namun begitu, pada hakikatnya Allah telah menyediakan keperluan makanan itu, tetapi hanya manusia sahaja yang tidak mahu berusaha untuk mencarinya. Lantaran itu, kesalahan hendaklah dipertanggungjawab¬kan ke atas bahu makhluk dan bukan kepada Khaliqnya. Golongan Syi‘ah berserta mereka yang mempercayai kesempurnaan Allah berdasarkan akal yang waras menerima hakikat ini dan tidak pernah sekali-kali menyangkalnya. Tiada seorang jua pun yang boleh mengatakan peraturan dan ketetapan Allah ini mesti kekal dari dulu hinggalah sekarang ini, malahan hendaklah berubah. Contohnya, kewujudan alam ini tidak pernah berlaku sebelumnya tetapi itulah peraturan yang telah dilaksanakan. Dunia ini ibarat matahari yang bersinar dan pastinya bersi¬nar. Begitulah juga dengan para nabi yang pasti wujud. Kadang kala matahari terselindung di balik awan, tetapi awan tidak akan dapat menahan sinar matahari. Apabila angin bertiup, awan akan berarak lalu, dan matahari akan kembali seperti sedia kala. Begitulah juga dengan para nabi dan Imam (pemimpin agama) pasti wujud, ibarat logam yang tersembunyi di dalam perut bumi, tentu boleh ditemui seandainya digunakan peralatan yang khusus untuk mencarigalinya. Nabi (s.a.w) telah bersabda dengan penuh rasa rendah dirinya kepada Allah: “Barang siapa menjadikan aku sebagai mawlanya, maka ‘Ali juga menjadi mawlanya.” Sehubungan dengan ini, golongan Syi‘ah menjelaskan bahawa pada masa Nabi (s.a.w) wafat, seorang hamba Allah yang benar-benar beriman kepada-Nya, pasti wujud dan dijaga-Nya agar sesiapa sahaja yang menginginkan jawatan khalifah itu tidak dapat berbuat sesuatu untuk mengambilnya. Allah sudah tentu memerintahkan Nabi-Nya supaya menjelaskan manusia pilihan Allah dan mengangkat status dan kedudukannya di mata sekalian manusia waktu itu. Nabi (s.a.w) dari mula hinggalah baginda wafat, terus menerus berusaha menerangkan hakikat ini melalui berbagai-bagai cara dan di pelbagai tempat. Ulama Islam telah mengambil inisiatif menca¬tatkan sabda-sabda baginda s.a.w dalam kitab-kitab mereka. Secara ringkasnya, golongan Syi‘ah percaya dan yakin bahawa berdasarkan dalil-dalil hadith dan akal, selepas Nabi (s.a.w) wafat hanya ada seorang sahaja yang layak menjadi pemimpin, wajib ditaati dalam ketundukan kepada perintah Allah s.w.t iaitu Imam ‘Ali (a.s). Hari ini, lebih 120 juta umat manusia dari berbagai-bagai bangsa menjadi pengikut Imam ‘Ali dengan gelaran Syi‘ah ‘Ali. Gelaran ini telah diketahui umum semenjak dari zaman Nabi (s.a.w) dan ‘Ali (a.s) lagi, dan selepas itu ia menjadi begitu berpengaruh hingga menjadi lambang bagi golongan yang melantik ‘Ali (a.s) sebagai khalifah selepas Nabi (s.a.w). Pada peringkat awal, perselisihan umat Islam hanya berkisar di sekitar masalah penggantian khalifah. Satu pihak mengenali ‘Ali sebagai khalifah yang keempat melalui proses ijma‘ manakala di satu pihak lagi iaitu Syi‘ah mengakui beliau sebagai khalifah yang pertama yang telah ditetapkan oleh Allah (s.w.t) sendiri. Keadaan ini tidak dapat bertahan lama, sebelum pihak yang pertama tadi mula mengambil sikap menyisihkan diri daripada ajaran Tuhan dengan maksud agar pemilihan seterusnya dibuat berdasarkan pili¬han orang ramai (ijma‘). Dengan alasan-alasan yang di luar daripada apa yang dibincangkan ini, mereka mula meletakkan diri mereka kepada kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri manusia, tertipu bukan sahaja dalam masalah furu‘ (cabang) bahkan juga dalam masalah-masalah usul (dasar). Mereka tidak berkemampuan untuk menerangkan hal-hal ketuhanan, dan membawa manusia ke landasan yang sebenarnya kerana yang pastinya manusia itu biar bagaimana luas ilmu atau bijak mana sekalipun, tentu tidak mampu mencapai peringkat ilmu terten¬tu dan memahami kebenaran dengan cara mereka sendiri. Dalam keadaan ketidakmampuan ini, mereka memerlukan pertolongan Ilahi yang hanya dapat dijangkau menerusi manusia pilihan Allah untuk menyelamatkan mereka daripada kekecewaan dan kepincangan. Perbezaannya hanyalah kerana pada mulanya ia memerlukan makanan yang ringkas sahaja dan kemudian bertambah kompleks. Bagaimanapun kedua-dua hal tadi menunjukkan manusia sentiasa memerlukan sesuatu dan Allah sahajalah yang akan menjadi penolongnya. Daripada apa yang telah diperkatakan tadi, jelas menunjukkan bahawa Syi‘ah dalam semua peringkat perkembangannya bergantung harapan kepada Allah kerana mereka mengetahui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, dan pada masa yang sama turut meng¬hormati para utusan Allah terhadap segala keputusan yang telah ditetapkannya. Atas dasar inilah, mereka terus berpegang kepada perintah Rasul kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Aku akan pergi meninggalkan kamu semua, tetapi aku telah tinggalkan kepadamu dua ingatanku yang paling berharga (al-Thaqalayn) iaitu al-Qur’an, kitab Allah yang pasti dijaga seperti janji-Nya hingga ke Hari Qiamat dan memeliharanya daripada seba¬rang perubahan dan pemalsuan. Keduanya, pewarisku yang dibersih¬kan Allah dengan sebersih-bersihnya daripada sebarang angkara syaitan seperti yang termaktub dalam kitab al-Qur’an. Kedua-duanya tidak akan berpisah antara satu dengan yang lain kerana jika al-Qur’an sahaja yang wujud tanpa penafsir yang ma`sum (terpelihara daripada dosa dan kesalahan) di sampingnya, pasti ia akan ditafsirkan mengikut sesuka hati individu tertentu yang akhirnya hanya akan menimbulkan masyarakat yang pincang.” Sejarah telah membuktikan golongan penindas dan orang yang alim sering memenuhi maksud mereka dengan kezaliman. Demikianlah sebaliknya kalau hanya para Imam yang ma‘sumun sahaja wujud sedangkan kitab Allah tidak ada, tidak akan ada lagi perintah-perintah Allah yang dapat dilaksanakan oleh para Imam untuk disempurnakan. Justeru itu, Syi‘ah mengambil jalan yang paling baik, meme¬nuhi perintah Allah dengan jalan mengikuti Imam ‘Ali (a.s) dan keturunannya kerana mereka beramal dengan ajaran al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) tanpa sebarang perasaan ingkar. Dalam usaha meningkatkan syiar Islam dan menumpaskan musuh-musuhnya, para pengikut Syi‘ah mematuhi para Imam yang ma‘sumin dengan berkorban seluruh jiwa raga mereka demi kerana Allah dan agama Islam, tanpa sebarang perubahan dibuat dalam usaha penyeba¬rannya ke merata pelusuk dunia. Kalaulah bukan kerana usaha mereka yang bersungguh-sungguh ini, sudah pasti Islam tidak akan dapat diperlihatkan dalam bentuknya yang asal. Apakah Islam ini dapat dimengertikan dengan cara Mu‘awiyah, Yazid dan para pemer¬intah seumpama mereka yang dikatakan memerintah berlandaskan perintah Allah dan Rasul-Nya, sedangkan umat Islam diwajibkan mentaati menurut perintah Allah, kepada setiap penindas-penindas tadi yang terhunus dengan pedang di tangan-tangan mereka. Bagaimanakah manusia dapat menerima agama dan menyembah Tuhan yang seperti ini? Golongan Syi‘ah dalam mengikuti para pemimpin suci mereka, berupaya memisahkan matlamat dan kehendak individu daripada kemahuan Allah dan membebaskan agama ini dari¬pada tangan mereka yang mengakui beriman kepada Allah sedangkan pada hakikatnya tidak demikian. Syi‘ah melaungkan kepada seluruh dunia bahawa Islam satu-satunya agama yang bebas, tidak menyebe¬lahi mana-mana pihak yang berusaha menentang kebenaran dan keadi¬lan atau menyokong penindasan dan menjadikan orang-orang yang tidak berdosa sebagai tawanan, juga syariat yang dibawanya meme¬nuhi kehendak yang diperlukan manusia. Justeru itu, syariat yang diutuskan oleh Allah ini mestilah dibawa oleh seorang yang ma`sum. Syi‘ah dalam abad ke-14 ini tidak pernah mendapat kekuasaan yang sepenuhnya dan menenangkan dunia dengan kebenaran Islam sebagai sebuah kuasa pemerintah. Bahkan sekiranya pada waktu itu, ia berjaya mendapat sebahagian kuasa atau kedudukan dalam pemerintahan, ketegangan dan perasaan anti-Islam akan wujud dalam masyarakat. Ini mendorong golongan Syi‘ah berfikir dan mencari jalan untuk menyelamatkan keadaan ini yang akhirnya memaksa mereka mengamalkan konsep taqiyyah. Pada masa yang sama, Syi‘ah membuat pengorbanan yang tiada tolok bandingnya dalam usaha menyebarkan ajaran Ilahi oleh para Imam mereka, meskipun berhadapan dengan berbagai-bagai penderi¬taan dan kesengsaraan. Mereka dengan berkat pertolongan Ilahi mampu membangunkan ciri-ciri kemanusiaan dan menyebarkan ajaran agama pemimpin mereka dalam bentuk yang lengkap sempurna kepada seluruh manusia, seterusnya dapat menarik perhatian kalangan cendikiawan dan mereka yang berilmu pengetahuan. Mereka mengemukakan Islam dalam bentuk yang boleh dinilaikan, seterusnya menawarkan bisa racun, melunturkan kesombongan dalam penyebaran dakyah oleh negara-negara kuasa besar. Mereka juga mampu menyatakan ketinggian maksud yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Hadith hinggakan hari ini, walaupun berhadapan dengan rintangan demi rintangan, hampir 130 juta umat Islam bahkan boleh kita katakan 600 juta umat Islam terhutang budi dengan pengorbanan para pejuang kebenaran yang berjaya meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya. Salah satu sumbangan paling berharga yang dilakukan oleh Syi‘ah adalah berkait dengan perbincangan, analisis dan peneli¬tian tentang perkara-perkara yang tersebut dalam hadith-hadith Nabi (s.a.w). Hadith-hadith itu dianalisis melalui bentuk soalja¬wab, manakala persoalannya dibincangkan dengan terperinci, dikri¬tik atau diakui dengan jelas untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang yang boleh berfikir dan memahami hakikat kebenaran dengan pemerhatian yang mendalam. Di antara mereka yang turut memberikan sumbangan dalam bidang ini ialah penyusun dan pengkritik hadith yang terkemuka iaitu ‘Allamah Abu al-Fath al-Razi yang telah melakukan usaha yang tiada tolok bandingnya dalam memperlihatkan ketulenan ajaran al-Qur’an dan hadith. Perlu dinyatakan di sini bahawa beliau memiliki saham yang besar dalam usaha menghindarkan salahtafsiran terhadap asas Islam menerusi sudut pandangan al-Qur’an dan Ahl al-Bayt (a.s). Ulama besar ini telah membincangkan masalah khalifah dan kepimpinan dalam masyarakat beragama ini dengan cara yang menarik dan memperlihatkan kepada umum bahawa sesiapa sahaja walau dari peringkat apa sekalipun, boleh dan mampu membezakan yang hak daripada yang batil tanpa sebarang perasaan prejudis, untuk memilih dan menentukan jalan yang akan ditempuhi untuk mendekati Allah (s.w.t). Usaha yang tidak ternilaikan daripada tokoh ulama terkemuka tersebut diberi tajuk “Yuhanna Zimmi,” telah sampai kepada kami dengan cara yang sungguh terhormat oleh tokoh akademi terkenal Dr. Syahabi, ketua di pusat pengajian Teologi di Masyad. Dengan berkat Allah, ia telah dapat dicetak dan diterbitkan beberapa kali. Selepas ini, Sighat al-Islam wa al-Muslimin Agha Esyterhardy, salah seorang penulis terkemuka kami telah mengha-silkan kembali buku ini dalam bentuk yang lebih menarik, penuh dengan sumber-sumber keilmuan dan diberi tajuk: “Pembelaan kepada Mazhab Syi‘ah.” Kami sungguh bernasib baik kerana buku ini berjaya diulangcetak beberapa kali dan kini masih lagi diperlu¬kan, tetapi kami tidak dapat memenuhi semua permintaan tersebut akibat kekurangan bekalan. Permintaan yang besar terhadap buku tersebut dan minat yang mendalam di kalangan generasi muda telah mendorong Hujjat al-Islam Agha Faghihi mengambil langkah menterjemahkan buku tadi ke dalam bahasa Inggeris dan syukur al-Hamduli-Llah, usaha ini terlaksana jua. Kini, dengan izin restu daripada Allah s.w.t, terjemahannya dalam bahasa Inggeris telah pun diterbitkan. Semoga Allah meneri¬ma usaha yang dibuat ini sama ada yang berbentuk material mahupun spiritual dalam rangka untuk menjayakan cita-cita ini. Moga-moga Allah s.w.t memelihara golongan Syi‘ah daripada sebarang anasir jahat menerusi perlindungan Imam al-Zaman (moga-moga saya dapat berbakti kepadanya) dan moga-moga kami dengan keizinan Allah mendapat kekuatan ilmu daripada mazhab Syi‘ah. Hassan Saeed 1398H Chehel Sotoon Library and School Jami` Mosque Tehran, Iran. PENGENALAN Nama saya Yuhanna, seorang penganut agama kristian. Selama ini saya telah mengikuti jalan yang salah. Akibat daripada ke¬kecewaan inilah, saya telah memulakan usaha untuk mencari kebena¬ran yang boleh memberikan pengampunan dan seterusnya keyakinan yang luhur dan suci murni. Tuhan telah memberkati saya dan menyi¬nari hidup saya yang dahulunya berada dalam gelap gelita dengan petunjuk-Nya. Akhirnya saya yakin dengan sepenuhnya keimanan kepada Allah, para rasul dan Imam yang suci, hari Akhirat dan menerusi sumber-sumber inilah sahaja yang dapat membawa pencapai¬an keimanan yang total. Lantas saya terus berusaha mengkaji dan memikirkan persoa-lan-persoalan yang selama ini begitu membingungkan orang ramai hinggakan mereka tidak berupaya mencapai kesimpulan terakhir. Di antaranya, ada sebahagian orang mengatakan alam sejagat ini bersifat kekal. Setengahnya pula mempercayai Tuhan itu satu, manakala yang lainnya mempercayai kepada berbilang Tuhan. Bagi mereka yang tidak mempercayai keesaan Tuhan mempunyai pendapat-pendapat yang berlainan mengenai sifat-sifat Tuhan. Ada yang mengatakan Tuhan itu berjisim, manakala sebahagiannya pula mengatakan Tuhan itu bukanlah demikian keadaannya. Ada pula yang mengakui Tuhan mengetahui segala-galanya, sedangkan yang lain pula menafikannya. Terdapat setengah orang percaya bahawa kitab Taurat (Old Testament) itulah satu-satunya kitab Allah, kristian pula mempercayai Bible, kumpulan yang lain kepada Zoroaster dan kumpulan seterusnya kepada Islam dan al-Qur’an. Orang ramai begitu taksub dengan berbagai-bagai kumpulan. Masing-masing dengan prinsip mereka yang tersendiri dan setiap daripada mereka merasakan hanya merekalah sahaja yang berada di pihak yang benar. Saya, Yuhanna yang sedang dalam pencarian ini kebingungan apabila memikirkan jalan mana yang harus diikut. Lalu, saya mengambil keputusan untuk membaca dan seterusnya mengkaji semua kitab suci mereka dan dengan itu dapatlah saya membuat pilihan yang terbaik. Hasil daripada pengkajian yang mendalam terhadap Old Testament, Bible, Zabur, Suhuf Nabi Ibrahim (a.s) dan al-Qur’an, saya dapati hanya al-Qur’an sahaja kitab yang paling sempurna dan lengkap. Justeru itu, saya bertambah minat untuk mencintai Islam. PERBEZAAN KEPERCAYAAN DI KALANGAN UMAT ISLAM Apabila saya menganuti Islam, saya perhatikan terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara berbagai-bagai kumpulan Islam tadi. Satu pihak menuduh pihak yang lain sebagai bukan daripada golongan Islam dan begitulah pula sebaliknya. Kini, saya dapati bahawa saya telah berada di suatu persimpangan jalan yang semakin sukar berbanding dengan sebelumnya. Satu golongan daripa¬da umat Islam percaya keesaan Tuhan terletak kepada sifat-sifat kebesaran-Nya. Sekumpulan lain pula percaya segala yang baik itu daripada Allah manakala yang buruk pula adalah daripada perbuatan manusia sendiri. Ada pula yang percaya kita tidak berkuasa ke atas segala perbuatan kita, manakala di satu pihak lagi mengata¬kan sebaliknya. Terdapat juga sebahagian orang yang mengatakan Tuhan boleh dilihat manakala sebahagian yang lain mengatakan tidak boleh dilihat. Ada orang yang percaya al-Qur’an itu kekal, tetapi di pihak lain mengatakan tidak. Setengahnya pula percaya para rasul itu ma‘sumun (terpelihara daripada perbuatan dosa dan salah) [kitab Tanzih al-Anbiya’ tulisan Sayyid al-Murtada telah membahaskannya) manakala sesetengah yang lain tidak mempercayai kesucian dan kemaksuman mereka (seperti yang disebutkan dalam kitab yang sama). Berhubung dengan persoalan khilafah (pemilihan khalifah), sebahagiannya mengatakan Abu Bakr sebagai khalifah yang pertama dan mengatasi yang lain. Golongan yang lain pula memberikan pandangan yang songsang terhadap Abu Bakr dan mereka percaya bahawa Imam ‘Ali (a.s) ialah pengganti Rasulullah (s.a.w). Tidak kurang pula yang cuba memperkecil-kecilkan personaliti ‘Ali (a.s) dan ada pula yang menganggapnya sebagai Tuhan. Terdapat golongan yang memuji Abu Bakr, ‘Umar dan Husayn, manakala yang lain mengutuk ‘Ali (a.s), ‘Uthman dan Hasan. Ada juga orang yang percaya kepada Imam Dua Belas (12), sedangkan yang lain pula menuruti 4, 5 atau 6 Imam. Oleh itu, timbullah berbagai-bagai persoalan agama seperti persoalan halal dan haram makanan tertentu. Contohnya: satu pihak berkeyakinan bahawa memakan burung merpati, arnab atau musang adalah halal, sedangkan di satu pihak lagi menegah dengan menga¬takan bahawa semuanya itu sebagai kotor. Persoalan-persoalan yang timbul dalam mazhab-mazhab Islam ini memberikan kesan yang sungguh besar kepada diri saya. Ketika inilah, saya merasakan bahawa saya patut berhenti sahaja daripada mengikutinya. Namun demikian, keinginan saya untuk mendapatkan kepuasan ruhani menerusi agama tersebut terus mendesak saya daripada pelbagai peringkat. YUHANNA– KAJIAN YANG BERTERUSAN Kini, saya telah terjunam ke dalam lautan pertentangan pendapat yang sungguh dalam apabila saya mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada al-Qur’an dan al-Hadith yang telah diyakini oleh seluruh umat Islam. Di dalam proses penye¬lidikan ini, saya cuba mendapatkan pandangan tokoh-tokoh ulama daripada berbagai-bagai mazhab, juga melakukan pengembaraan ke beberapa tempat. Pertama sekali, saya menuju ke Institusi Pengajian Islam Mustansaria di Baghdad, Iraq. Di sini, saya berada bersama-sama dengan empat orang Imam Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanba¬li) memberikan kuliah agama mereka. Saya turut berdiskusi dengan mereka mengenai Islam tanpa memberitahu niat dan kepercayaan saya. APAKAH KEEMPAT-EMPAT MAZHAB ITU BENAR? Saya telah menemui tokoh-tokoh ulama daripada empat mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali) dan ini adalah di antara intisari perbincangan kami: Yuhanna: Wahai tuan-tuan yang dimuliakan, saya seorang penganut kristian tetapi kini ingin menganuti Islam. Tolonglah tunjukkan dan beritahukan kepada saya berkenaan dengan cara-cara berwudu’, mandi, sembahyang dan puasa. Terdapat perbezaan yang besar dalam penjelasan mereka terhadap persoalan yang saya kemu¬kakan itu. Yuhanna: Wahai tuan-tuan ulama Islam yang mulia! Dengan nama Allah, saya bermohon agar tuan-tuan dapat menunjukkan jalan yang benar supaya saya dapat mengikutinya untuk mendekatkan diri saya kepada Allah s.w.t. Ulama Sunni: Wahai Yuhanna! Anda bebas memilih salah satu daripada empat mazhab ini. Yuhanna: Jawapan yang anda berikan itu tidak dapat memenuhi maksudku, kerana di antara keempat-empat mazhab terse-but terdapat percanggahan prinsip yang cukup besar. Ulama Sunni: Wahai Yuhanna! Seandainya anda dapati ada sesuatu yang salah dalam keempat-empat mazhab itu, silalah kemukakan kepada kami. Yuhanna: Abu Hanifah mengatakan wudu’ tanpa niat adalah sah, manakala Syafi‘i pula mengatakan tidak sah. Syafi‘i berpen¬dapat Bismillah wajib dibaca dalam sembahyang sementara Maliki pula menyalahinya dalam masalah ini. Ahmad Hanbal menjelaskan sekiranya Imam sakit atau tidak berkeupayaan, dia boleh bersem-bahyang dalam keadaan duduk dan bagi mereka mengikuti Imam, walaupun sekiranya mereka sihat, hendaklah bersembahyang dalam keadaan yang sama seperti Imam (duduk). Mazhab lain mengatakan cara tersebut adalah tidak sah. Di sini jelas menunjukkan terda¬pat kekurangan di antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Ulama Sunni: Mujtahid daripada keempat-empat mazhab telah menetapkan keputusan ijtihad mereka dalam hukum syarak itu. Justeru itu, ijtihad mereka itu adalah benar menurut cara mereka sendiri. Yuhanna: Saya bermohon agar anda memberitahu saya ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sendiri supaya saya dapat melaksanakannya seperti yang diperintahkan. Ulama Sunni: Kesemua empat mazhab tadi memang diterima oleh Nabi Muhammad (s.a.w). Jadi, terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan. Yuhanna: Di dalam mazhab-mazhab tersebut terdapat per¬canggahan prinsip yang sungguh dalam. Tentunya Nabi (s.a.w) dalam perkara ini hanya menerima satu mazhab sahaja. Lantaran itu, saya ingin bertanya apakah keempat-empat mazhab ini wujud semasa Nabi (s.a.w) masih hidup? Ulama Sunni: Tidak! Ia hanya wujud selepas seratus (100) tahun daripada kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w). Yuhanna: Maksud anda, keempat-empat mazhab itu tidak pernah wujud di zaman Nabi (s.a.w) dan zaman Khilafah, dan kini anda mengkaji ajaran agama yang disampaikan oleh Nabi (s.a.w) menerusi empat mazhab itu. Anda sendiri pun nampaknya tidak tahu yang mana satu ajaran atau kepercayaan yang dianuti oleh Nabi (s.a.w) sendiri. ADAKAH MAZHAB HANAFI ITU BENAR? Sebaik sahaja saya mengemukakan persoalan ini, seorang ulama mazhab Hanafi ternyata cukup terkejut dan kemudiannya berkata: “Yuhanna, anda sudah keterlaluan membuat kenyataan yang merendah-rendahkan kedudukan Islam. Kalau sekiranya anda ingin mencari jalan yang benar, anda haruslah mengetahui bahawa Nabi (s.a.w), ketika baginda wafat itu hanya meninggalkan al-Qur’an dan al-Hadith. Justeru itu, para ulama Islam sahajalah yang boleh memahami kedua-duanya dan seterusnya memberikan hukum-hukum yang berkaitan. Seandainya anda hendak menuruti jalan yang benar, ikutilah ajaran mazhab Hanafi.” Yuhanna: Wahai ulama Hanafi yang dimuliakan! Saya telah mengkajinya dengan berpandukan al-Qur’an dan Hadith. Namun, saya tidak juga berpuashati. (1). Hanafi mengatakan: Sah menyapu kaki terlebih dahulu semasa berwudu’ kemudian diikuti dengan menyapu kepala, membasuh tangan dan akhir sekali membasuh muka. Cara ini dianggap tidak sah dalam mazhab lain. Dengan berpedomankan al-Qur’an, wudu’ mestilah dilakukan dengan membasuh muka dahulu, kemudian diikuti dengan dengan membasuh tangan dan menyapu kedua-dua kepala dan kaki. Tidak ada sebuah hadith pun yang berlawanan dengan apa yang telah diceritakan oleh al-Qur’an itu. Allah (s.w.t) telah berfirman dalam surah al-Ahzab (33): 2 supaya mengikuti ajaran Nabi (s.a.w). Nabi (s.a.w) sendiri ber¬sabda agar dalam setiap ibadat hendaklah mengikut perbuatannya. Hadith dan hujah akal tidak membenarkan kita meninggalkan al-Qur’an dan sebaliknya mengamalkan ajaran mazhab Hanafi. Tambahan lagi, hal tersebut bertentangan dengan kitab-kitab mazhab Sunni sendiri. (2). Hanafi menghukumkan bahawa jika seseorang itu membuang air kecil atau besar dan kemudian mengambil wudu’ dan bersembahyang di tempat yang sama, ia dianggap sah. Bagaimanapun, ini bukanlah cara yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w). Allah s.w.t sendiri telah menyatakan dalam al-Qur’an bahawa mereka yang hampir dengannya ialah orang yang mengharapkan keampunan dan mengamalkan kebersi¬han. (3). Hanafi berpendapat bahawa sekiranya kulit anjing yang telah mati disamak, ia boleh dianggap suci dan harus dibuat sembahyang dengan menggunakan pakaian daripada kulit yang disamak seperti itu. Ini jelas berlawanan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya yang menegaskan bahawa sesuatu benda yang diharamkan dan najis tidak boleh disucikan. (4). Biarpun hukum ini bertentangan dengan perintah Rasulullah (s.a.w), Abu Hanifah mengatakan sah membaca surah al-Hamd yang diterjemahkan ke bahasa Parsi sepanjang masa sembahyang. Nabi (s.a.w) sendiri telah menegaskan bahawa surah al-Hamd merupakan sebahagian daripada sembahyang, dan kerana itu ia hendaklah dibaca dalam bahasa sebagaimana ia diwahyukan. (5) Abu Hanifah mengatakan bahawa membaca doa Qunut dalam sembah¬yang subuh adalah suatu bid‘ah. Al-Hamidi dalam kitab Jami‘ al-Sahihain memetik sabda Rasulullah (s.a.w) yang bermaksud: “Semasa bersembahyang subuh selepas membaca surah dan sebelum ruku‘, aku membaca doa Qunut.” (6) Abu Hanifah mengatakan bahawa jika sekiranya seseorang pen-curi mencuri bijirin gandum dan kemudiannya mengisar gandum itu untuk dijadikan tepung, tepung itu tadi sah menjadi miliknya. Pemilik sebenarnya tidak berhak menuntut kembali dan seandainya dia berbuat demikian, dia bolehlah dianggap seorang yang tidak berperikemanusiaan. Seandainya berlaku serangan, pencuri itu berhak mempertahan¬kan dirinya dengan pedang. Jika dalam pertelingkahan itu, pemilik sebenarnya mati, pencuri itu tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhannya. Bagaimanapun sekiranya pencuri itu yang mati, pemilik sebenarnya itu boleh dikenakan hukum penjara. Al-Qur’an dengan keras melarang seseorang daripada memakan makanan yang dicuri. (7). Abu Hanifah juga mengatakan bahawa jikalau seseorang Islam membunuh seorang Yahudi atau penyembah api, dia hendaklah dihukum bunuh, sedangkan al-Qur’an sendiri mengatakan orang kafir tidak berhak menindas atau memerintah orang Islam. (8) Abu Hanifah berkata jika seseorang itu membayar sejumlah wang kepada adik perempuannya dan kemudian membuat perhubungan jenis dengannya, perbuatan itu dianggap sah, sama ada dilakukan dengan sengaja atau diketahui salah dan benarnya. Al-Qur’an dengan tegas melarang perlakuan ini dan jika dilakukan perhubungan jenis secara haram, sama ada dia lelaki ataupun perempuan, dia hendaklah dikenakan hukuman seratus kali sebatan. (9) Abu Hanifah mengatakan bahawa jika empat orang mengemukakan bukti yang menunjukkan seseorang itu terlibat dalam perhubungan jenis secara haram dan orang yang berkenaan mengakuinya, dia hendaklah diampunkan. Bagaimanapun seandainya dia menentang keputusan keempat-empat orang tersebut, dia patut dihukum. Ini jelas bercanggah dengan akal yang waras. (10) Sekiranya seseorang itu terlibat dalam hubungan homoseks dan dibuktikan benar, dia hendaklah dikenakan hukuman yang ringan dan bukannya disebat. Nabi (s.a.w) menjelaskan bahawa seandainya seseorang itu terlibat dengan perbuatan homoseks (seperti yang dilakukan oleh umat Nabi Lut (a.s), kedua-duanya hendaklah dihu-kum bunuh. (11). Abu Hanifah mengatakan seandainya seorang lelaki mengikat tali pertunangan dengan adik perempuan atau ibunya sendiri dan kemudiannya membuat hubungan jenis dengan mereka, dia tidak patut dikenakan hukuman biarpun dia mengetahui perbuatan itu salah di sisi agama. (12). Abu Hanifah juga mengatakan bahawa sekiranya seorang hakim itu berbuat dosa, kemudian dia mengeluarkan hukuman yang terdapat cacat-celanya, hukuman itu tadi tidaklah boleh dianggap batal atau tidak sah. Namun begitu, al-Qur’an dalam konteks ini menje¬laskan bahawa seseorang itu tidak beriman jika dia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah dan keputusan Allah (s.w.t). (13). Abu Hanifah mengatakan bahawa jika seseorang lelaki itu berbohong dengan mengatakan wanita itu sebagai isterinya dan ada dua orang saksi yang menyokong kenyataannya di hadapan hakim, hakim boleh memberikan keputusan menyokong tuntutan lelaki terse-but, iaitu wanita tadi telah menjadi isterinya yang sah (walaupun sebenarnya tidak demikian). (14) Abu Hanifah mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu mencuri seribu (1000) dirham daripada si A dan seribu (1000) dirham lagi daripada si B dan kemudian mencampurkannya hingga tidak dapat dibezakan hak miliknya, si pemiliknya tidak ada hak untuk menuntutnya kembali. Demikianlah juga sekiranya seorang wanita menemui hakim (kadi) sambil berpura-pura mengatakan dia telah diceraikan oleh suaminya dengan disaksikan oleh dua orang, lalu tuan kadi membuat keputusan menyebelahi wanita tersebut. Dengan cara itu, wanita tersebut tidak lagi menjadi hak suaminya dan dia bebas untuk berkahwin dengan lelaki lain. Daripada keputusan dan hukuman yang diputuskan oleh Hanafi ini menunjukkan bahawa beliau percaya hakim atau kadi merupakan orang yang paling berkuasa. Nabi (s.a.w) bersabda yang bermaksud: “Sekiranya terdapat sebarang konflik atau pertentangan, kedua-dua pihak yang terlibat hendaklah datang berjumpa dengannya. Baginda akan mendengar dan seterusnya menghukumkan dengan cara yang paling adil.” Ini bermaksud bahawa kedua-dua pihak yang terlibat mestilah hadir dan mendengarkannya sebelum sebarang keputusan itu ditetapkan. Keputusan yang bersifat berat sebelah adalah dianggap bertentangan dengan konsep keadilan. Apabila hujah Yuhanna sampai ke peringkat ini, ulama Sunni lalu bangun dan cuba mempertahankan diri mereka dengan mengata¬kan: “Wahai Yuhanna! Abu Hanifah seorang mujtahid dan dia mengeluarkan fatwa-fatwanya dengan berdasarkan ijtihad. Dia bolehlah dimaafkan sekiranya membuat kesilapan.” [Andainya golon-gan Syi‘ah mengutuk Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman, itu pun berda-sarkan keputusan ijtihad mereka sendiri. Jadi, kenapa pula anda semua mengkritik golongan Syi‘ah dalam persoalan ini?] ADAKAH MAZHAB SYAFI`I ITU BENAR? Seorang ulama Syafi‘i mengambil inisiatif dengan menerang-kan: “Yuhanna, jikalau anda ingin mencari kebenaran menurut al-Qur’an dan al-Hadith, ikutilah mazhab Syafi‘i. Syafi‘i berasal daripada kaum Quraisy dan setiap keputusannya adalah berlandaskan kepada hadith-hadith Rasulullah (s.a.w).” Sampai di sini, ulama Hanafi mencelah: “Wahai ulama Syafi‘i, anda bukannya mengikuti Imam anda, sebaliknya cuba untuk menyatakan kepercayaan mazhab anda dengan merendah-rendahkan mazhab lain. Bagaimana anda dapat membuktikan bahawa semua hukum syarak yang diputuskan oleh Syafi‘i itu benar sedangkan kebanya¬kannya tidak diketahui sumbernya. Sebagai contoh: Syafi‘i mengatakan bahawa seandainya seorang lelaki mencabul kehormatan seorang wanita dan kemudian wanita itu melahirkan seorang anak perempuan, lelaki tadi dibolehkan untuk mengahwinkan anak lelakinya dengan anak perempuan itu, ataupun jika wanita itu mempunyai adik perempuan dan lelaki tadi berkahwin dengannya dan seterusnya ingin mengahwini kedua-duanya seka¬li, ia dianggap sah. Bagaimana mungkin orang yang mengikuti mazhab Syafi‘i boleh mengatakan dirinya lebih baik daripada mazhab Hanafi?” Ulama Syafi‘i menyampuk sambil berkata kepada ulama Hana¬fi: “Mazhab anda langsung tidak berasas, tidak diketahui dan juga tidak boleh diterima akal yang waras. Mazhab anda menyata¬kan bahawa jika sekiranya Zayd pergi ke India dan bercadang untuk mengahwinkan anak perempuannya yang berada di Rome dengan seorang lelaki yang berada di India, perkahwinan tersebut boleh berlangsung tanpa dihadiri oleh perempuan tadi. Suami tersebut kemudiannya memanggil isterinya pulang ke India setelah beberapa tahun berlalu dan mendapati isterinya itu telah pun mempunyai tiga orang anak dan masih mengandung lagi. Dalam keadaan serba-salah ini, dia bertanyakan kepada Zayd: Saya telah mengahwini anak perempuan anda semasa dia berada jauh di Rome. Sehingga kini saya belum pernah lagi menyentuh dirinya. Jadi, bagaimana dia boleh melahirkan anak-anak tersebut?” Zayd menjawab: “Sewaktu aku mengahwinkan anda dengannya, malaikat telah meletakkan mani anda ke dalam rahimnya dan kerana itu dia boleh melahirkan zuriat. Inilah dia pendapat mazhab Hanafi.” Sekali lagi ulama Syafi‘i cuba menarik perhatian ulama Hanafi. Abu Hanifah juga ada mengatakan bahawa jika seandainya suami kepada seorang wanita itu menghilangkan diri dan wanita tadi berkahwin dengan lelaki lain dan mendapat anak, kemudian suami pertama tadi kembali semula kepadanya, anak-anaknya yang lahir daripada suami kedua bolehlah dianggap sebagai anak-anak kepada suami yang pertama. Ini jelas berlawanan dengan fikiran yang sihat. Ulama Hanafi yang tidak dapat menjawab soalan tadi terus membalas kembali: “Wahai ulama Syafi‘i, Imam anda pula mengatakan bahawa perhubungan jenis itu dianggap suci sedangkan inibertentangan dengan hadith Nabi (s.a.w). Imam anda juga ada mengatakan bahawa sekiranya seorang wanita yang dicerai talaq tiga, kemudian lelaki itu ingin kembali semula kepadanya, wanita tersebut boleh kembali kepada suaminya tadi tanpa perlu kepada ijab-kabul ataupun saksi. Ini sememangnya bercanggah dengan dengan syariat al-Qur’an kerana di dalam surah al-Baqarah: ayat 299 telah pun menyatakan kedudukannya dengan terang. Syafi‘i juga ada mengatakan bahawa orang ramai hendaklah memberikan sejumlah bayaran sebagai hak untuk dirinya, walaupun ternyata bahawa tidak ada seorang pun yang berhak terhadap pendapatan yang diperolehi oleh orang lain kecuali zakat. Saya, Yuhanna mendengar perbincangan dan perdebatan di antara kedua-dua tokoh ulama Hanafi dan Syafi‘i dengan penuhminat, dan dengan harapan untuk akhirnya dapat menemui kebenaran yang hakiki. Sementara itu, ulama Syafi‘i meneruskan bicaranya kepada ulama Hanafi: “Nampaknya anda tidak menghormati mazhab kami dengan cara menonjolkan keburukan yang terdapat di dalamnya. Perkara yang sama akan berlaku, seandainya kami berbuat demikian terhadap kebodohan dan kesalahan anda, dan ini akan menyebabkan timbulnya kebencian orang ramai kepada mazhab kami dan anda.” Ulama Hanafi membalas: “Anda berbohong. Tidak ada persoalan dalam mazhab kami yang boleh menyebabkan orang lain memben-cinya.” Ulama Syafi‘i menjelaskan: “Abu Hanifah mengatakan bahawa pakaian yang diperbuat daripada kulit yang telah disamak boleh dipakai. Wudu’ boleh dilakukan dengan air perahan kurma. Tanpa melafazkan niat, seseorang itu boleh bersembahyang menghadap Ka‘bah, membaca surah al-Hamd dalam bahasa Parsi, dan di samping membaca surah al-Tawhid, dia boleh menyebutkan beberapa perkataan lain seperti “dua batang pohon yang kehijauan.” Semasa bersembahyang, ruku‘ boleh dibuat memadai dengan menundukkan kepala sedikit, masa di antara dua sajdah hendaklah paling cepat dan selepas Tasyahhud sebelum memberi salam, seki-ranya dia hendak terkentut, bolehlah dia berbuat demikian.” Wahai ulama Hanafi, jadikanlah kewarasan dan kebijaksa¬naan anda sebagai hakim untuk menentukan apakah Rasulullah (s.a.w) atau para Imam telah menetapkan fatwa itu atau menunjukkan kepada sekalian umat Islam cara yang seumpama itu, ataupun adakah ini sahaja caranya untuk beribadat kepada Allah? Adakah semuanya ini berdasarkan kepada kebenaran? Saya, Yuhanna kini dapat merasakan perdebatan tadi sudah sampai ke peringkat yang genting dengan masing-masing pihak saling hentam menghentam antara satu dengan yang lain. Saya pun memberitahu mereka bahawa dengan cara perdebatan seperti itu mereka telah mencemarkan martabat dan kehormatan mazhab masing-masing, dan atas alasan untuk menjelaskan agama yang satu ini, mereka telah mempamerkan dan memperlihatkan kelemahan dan keku¬rangan orang lain. Kesannya telah menyebabkan timbulnya perasaan benci di hati saya terhadap kedua-duanya. Jelaslah kini, bahawa mazhab Hanafi dan Syafi‘i tidak wajar dan tidak layak untuk diikuti. Ulama Maliki yang dari tadinya memperhatikan keresahan saya lalu mengajak saya mengikuti mazhab Maliki. ADAKAH MAZHAB MALIKI ITU BENAR? Ulama Maliki yang turut sama dalam diskusi itu berkata kepada Yuhanna: Kalau anda ingin mencari kepercayaan yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, ikutilah ajaran Malik kerana dia merupakan pengikut Nabi Muhammad (s.a.w). Dia lebih utama berbanding dengan murid-muridnya yang lain termasuklah Syafi‘i sendiri. Malik, dalam masalah hukum syarak tidak mengemukakan pendapatnya sendiri mahupun memindanya. Segala yang diperkatakannya adalah berlandaskan kitab al-Qur’an dan al-Hadith. Perbincangan yang sedang berlangsung itu terganggu apabila ulama Hanafi menghalang sambil bertanya kepada ulama Maliki tersebut: “Anda berpegang kepada pendapat yang mengatakan fatwa-fatwa Malik adalah selari dengan al-Qur’an dan al-Hadith. Sekarang, cuba beritahu saya, ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang manakah yang mengatakan bahawa daging anjing itu halal dimakan ataupun yang mengatakan bahawa air liur dan bahagian-bahagian badannya itusuci. Cuba buktikan kepada saya apakah ada hadith yang mengatakan bahawa membaca A‘uzu bi-Llah dan Bismi-Llah sebelum surah al-Hamd itu tidak sah, dan membaca salawat ke atas Nabi Muhammad (s.a.w) dan Ahl al-Bayt baginda (a.s) dalam sembahyang tidak wajib. Kini, ulama Syafi‘i dan Hanafi bergabung bersama-sama menentang ulama Maliki. Perbincangan menjadi semakin sengit dan bertambah runcing berbanding dengan sebelumnya, dan saya merasa bimbang kemungkinan akan berlakunya pertelingkahan. ADAKAH MAZHAB HANBALI ITU BENAR? Sejauh ini, ulama Hanbali yang berada berhampiran mendengar perbincangan tadi secara diam-diam tetapi akhirnya dia memecah¬ kan kesunyian itu dengan berkata: “Wahai Yuhanna! Saya bercakap ini demi kerana Allah supaya saya dapat menceritakan keadilan dan kebenaran. Sekiranya kamu benar-benar ingin mencari kebenaran, ikutilah mazhab Ahmad bin Hanbal.” Ketiga-tiga orang ulama daripada mazhab Syafi‘i, Hanafi dan Maliki segera memotong penjelasan ulama Hanbali itu sambil menyatakan: “Bagaimana anda hendak membandingkan mazhab anda dengan kami sedangkan mazhab anda sendiri tidak mempunyai dasar¬nya. Sebagai contoh, salah satu daripada ajaran mazhab anda ialah Allah itu berjisim seperti manusia dan tinggal di syurga dengan tingginya empat jari daripada syurga. Anda juga mempunyai pegangan bahawa pada setiap malam khamis, Tuhan akan turun ke bumi dan menjelma dengan rupa bentuk seorang lelaki muda yang cantik, memakai sepatu dengan renda daripada mutiara. Penduduk Kota Baghdad mencampakkan bijirin barli ke atas bumbung masjid supaya keldai yang ditunggangi oleh Tuhan dapat memakannya.” Perkara ini juga begitu diketahui umum bahawa ada seorang bertanya kepada Dawud bin Hanbal berkenaan rupa bentuk keldai Tuhan itu. Lantas, dia mengatakan bahawa anda boleh menanyakan apa sahaja yang ingin diketahui asalkan tidak bertanyakan mengenai janggut dan bahagian-bahagian sulitnya, cukuplah. Sehubungan dengan ini, Ahmad bin Hanbal juga banyak membuat kenyataan yang tidak berasas sama sekali antara lain, seandainya terdesak, anda boleh membuat hubungan dengan hamba abdi anda. kalaulah kepercayaan mazhab anda banyak yang tidak dapat dapat diterima akal, lalu bagaimana anda dapat mengatakan bahawa mazhab andalah yang paling benar berbanding dengan mazhab-mazhab yang lain. Saya, Yuhanna merasa sungguh terkejut dengan kekurangan dan kepincangan yang terdapat dalam keempat-empat mazhab tersebut. Apabila memikirkan kebodohan dan berbagai-bagai percanggahan tersebut, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menerima dan yakin bahawa inilah agama yang benar tetapi masalah yangtimbul ialah bagaimana untuk menyempurnakan ajaran Islam, sedangkan banyak kerumitan yang parah terdapat dalam mazhab-mazhab tersebut. ALIRAN YANG PALING BENAR IALAH SYI‘AH Sebaik sahaja selesai mendengar perdebatan para ulama tadi, Yuhanna merayu: “Wahai para alim ulama daripada keempat-empat mazhab, saya memohon dengan nama Allah dan Rasul-Nya, beritahu-kanlah kepada saya apakah ada lagi mazhab-mazhab yang lain selain daripada keempat-empat ini dalam Islam?” Ulama Sunni: Selain daripada keempat-empat aliran tersebut terdapat satu lagi mazhab tetapi ia tidak mempunyai asas yang kukuh. Di samping itu, mereka tidak mempunyai ramai pengikut dan digelarkan dengan nama “Syi‘ah.” Mereka mewakili kumpu¬lan minoriti. Di negara-negara Islam, golongan Yahudi, Kristian dan golongan beragama yang lain bebas untuk menyatakan kepercayaan dan anutan masing-masing, tetapi kumpulan ini tidak berbuat demikian kerana mereka daripada golongan Syi‘ah dan takut kemungkinan mereka akan dibunuh. Secara ringkasnya, mazhab Syi‘ah merupakan sebuah mazhab yang tidak berasas dan para pengikutnya juga hanya terdiri daripada kumpulan minoriti sahaja. Yuhanna: Adakah kamu menyisihkan mereka dengan mengatakan aliran mereka salah kerana bilangan mereka yang sedikit atau apakah ada alasan yang lain-lain lagi? Tidakkah anda tahu bahawa al-Qur’an memuji-muji golongan minoriti? Di dalam ayat-ayat al-Qur’an banyak yang menjelaskannya, antaranya Allah telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan menger¬jakan amal yang saleh, dan amat sedikitlah mereka ini.” (Surah 38: 24) “Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit.” (Surah 11: 40) “Dan sedikit saja daripada hamba-hmba-Ku yang bersyu¬kur.” (Surah 34: 13) “Dan mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja.” (Surah 4: 49) “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalah golongan yang banyak dengan izin Allah.” (Surah 2: 249) Di satu pihak lagi, al-Qur’an telah mengutuk kumpulan majoriti di dalam beberapa ayat, sebagai contohnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah.” (Surah 6:116) “Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak beriman.” (Surah 36:7) Wahyu Allah ini jelas menunjukkan bahawa pegangan agama itu tidak boleh dikatakan tidak sah atau salah hanya kerana bilangan para pengikutnya sedikit ataupun sebaliknya, dikatakan benar dengan melihat kepada bilangan majoritinya saja. Justeru itu, saya benar-benar mengharapkan agar anda dapat memperkenalkan saya kepada tokoh ulama Syi‘ah supaya saya dapat berbincang dengannya mengenai mazhab tersebut. Ulama Sunni: Jelasnya, tidak ada seorang pun ulama Syi‘ah yang berani menyertai kami dan sekiranya dia berbuat begitu, dia tentu akan dibunuh. Yuhanna: Adakah golongan Syi‘ah ini tidak percaya kepada keesaan Allah? Ulama Sunni: Memang benar, mereka percaya malahan mereka melebih-lebihkan pula sifat-sifat Allah. Yuhanna: Adakah para pengikut Syi‘ah tidak percaya kepada Nabi yang terakhir (Nabi Muhammad (s.a.w)) dan adakah mereka tidak yakin akan kebenaran al-Qur’an? Ulama Sunni: Memang benar mereka percaya kepada kebenaran al-Qur’an, dan bahkan lebih dari itu mereka percaya bahawa Nabi Muhammad (s.a.w), sama ada sebelum mahupun sesudah menjadi rasul adalah ma’sum dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan dan dosa yang kecil ataupun yang besar. Yuhanna: Apakah golongan Syi‘ah tidak percaya akan Hari Akhirat? Ulama Sunni: Tidak, mereka sememangnya beriman dengan semua perkara tersebut. Yuhanna: Adakah golongan Syi‘ah tidak percaya dengan soal-jawab dalam kubur, titian Sirat al-Mustaqim di syurga atau Mizan ( timbangan amalan seseorang di Hari Pengadilan)? Ulama Sunni: Sudah pasti mereka beriman dengan hal-hal tadi. Yuhanna: Apakah para pengikut Syi‘ah tidak mahu menyembah Allah atau adakah mereka menolak untuk melakukan amalan yang diwajibkan Islam seperti kebersihan, sembahyang, puasa, menunai-kan haji dan berjihad di jalan Allah? Ulama Sunni: Tidak sama sekali, bahkan mereka sememangnya menyakini semua itu, lebih daripada yang lain.” Yuhanna: Benarkah Syi‘ah membenarkan minum arak, berzina, makan haram, merampas hak orang lain dan menggunakannya bagi diri mereka? Ulama Sunni: Demi Allah! Semua itu tidak benar sama sekali. Mereka tidak pernah menghalalkan makan benda yang haram. Berband¬ing dengan aliran agama yang lain mereka bahkan cuba mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa dan maksiat. Yuhanna: Kalaulah anda sendiri menerima hakikat bahawa golongan Syi‘ah beriman dengan La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah (Kalimah Syahadat), sembahyang, puasa, haji, zakat dan lain-lain seperti yang diperintahkan oleh Allah, lantas kenapakah mereka patut dihukum bunuh? Saya merasa cukup hairan dengan sikap orang Islam seperti kamu yang sanggup membuat kenya¬taan yang tidak benar mengenai mereka. APAKAH MANUSIA ITU MELAKUKAN PERBUATAN DENGAN TERPAKSA Apabila perbincangan tadi sampai ke peringkat ini, Yuhanna cuba menutup ruang bagi para Ulama Sunni dengan menegaskan kepada mereka bahawa merekalah sebenarnya yang berada di jalan yang salah. Ulama-ulama tersebut cuba mengalihkan tajuk perbin¬cangan dengan mengatakan: Kami menentang mereka kerana mereka menentang sebahagian daripada kepercayaan kami. Yuhanna: Cuba ceritakan di manakah letaknya perbezaan keper-cayaan kamu, sekurang-kurangnya dapat juga saya mengetahuinya. Ulama Sunni: Golongan Syi‘ah percaya bahawa manusia bebas mengikut atau menentang perintah Allah (iaitu kuasa untuk memilih yang baik dan buruk terletak di tangan mereka, sedang Allah menyuruh kita mentaati dan menyembah-Nya, dan menegah kita daripada berbuat zalim, dosa dan kufur kepada-Nya. Kepercayaan ini adalah tidak benar. Mereka juga percaya Tuhan mempunyai musuh-musuh-Nya. Yuhanna: Ini jelas menunjukkan mazhab anda menerima hakikat bahawa apa sahaja perbuatan salah yang dilakukan adalah sejajar dengan kehendak Allah. Ini bermakna, segala perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang kafir selaras dengan kemahuan Allah dan dia sendiri tidak berdaya menurut kehendaknya. Kalaulah demikian, kenapakah Tuhan berulangkali menegaskan: “Berimanlah kepada-Ku dan takutilah kemurkaan-Ku.” Ini bererti bahawa Tuhan mahukan syaitan melakukan kejahatan, peminum arak terus meminum arak sedangkan mereka sendiri tidak berdaya mengawal perbuatan mereka. Jika benar demikian, kenapakah Allah mengingatkan mereka tentang kemurkaan-Nya. Kalaulah manusia tidak berkuasa terhadap setiap perbuatan yang mereka lakukan, justeru itu kenapakah mereka harus menerima kemurkaan dan azab daripada Allah. Sebenar¬nya, keadilan Allah bukanlah demikian sehingga menyebabkan seseorang yang langsung tidak berdaya akan menderita kerana tindakan yang telah dilakukannya. Allah sendiri telah berulangkali member¬ikan amaran agar menjauhkan diri daripada terlibat dalam perkara-perkara maksiat. Banyak contoh yang dapat dipetik daripada al-Qur’an, di antaranya: “Kenapakah mereka melakukan perkara-perkara yang mungkar.” (Surah 2: 20) “Kenapakah kamu melambat-lambatkan kebenaran di atas kepalsuan.” (Surah 3: 71) “Kenapakah kamu menghalang manusia daripada menuju ke jalan yang lurus.” (Surah 3: 99) Begitu juga, terdapat banyak ayat al-Qur’an mengingatkan sekalian manusia supaya menghindarkan diri daripada dosa dan noda. Ayat-ayat tadi jelas membuktikan bahawa Allah (s.w.t) tidak mahu para hamba-Nya terjerumus ke lembah kesesatan. Saya, Yuhanna merasa sungguh hairan dengan kepercayaan yang mengatakan bahawa Allah tidak mengkehendaki orang-orang kafir beriman kepada-Nya, atau dalam keadaan lain, Allah mahukan semua orang kafir memeluk Islam dan beriman kepada-Nya. Apakah Allah mengkehendaki sebahagian daripada para hamba-Nya menjadi penyem¬bah berhala? Saya sendiri masih baru memeluk Islam tetapi menyak¬ini bahawa kepercayaan yang anda anuti itu jelas bertentangan dengan ajaran-ajaran al-Qur’an. Anda semua percaya bahawa Allah mengkehendaki semua musuh-Nya menghalang-Nya. Anda mengatakan para pengikut Syi‘ah yang mempunyai kepercayaan yang bersalahan denganmu patut dihukum bunuh. Nampaknya anda cuba menunjukkan kezaliman anda dengan bertindak sebegitu rupa. Walau bagaimanapun, saya tetap mempun¬yai keyakinan hanya Syi‘ah lah sahaja golongan yang berada di pihak yang benar. Keempat-empat mazhab Sunni tadi cuba menyulitkan keadaan dengan mengatakan: Wahai Yuhanna! Kami tidak mengatakan Syi‘ah berada di pihak yang salah tetapi kami menentang mereka kerana kepercayaan-kepercayaan dalam ajaran mereka yang mengatakan bahawa umat Islam akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (73) firqah (puak), tujuh puluh dua (72) daripadanya akan ke neraka manakala satu lagi (dari kalangan Syi‘ah) akan masuk ke syurga. Oleh kerana mereka berpendirian demikianlah menyebabkan mereka layak untuk dibunuh. Yuhanna: Namun begitu, apakah anda percaya bahawa mazhab andalah yang paling diberkati Allah? Ulama Sunni: Kami sendiri tidaklah dapat memastikan apakah mazhab kami yang benar daripada kesemua tujuh puluh tiga (73) firqah tersebut. Yuhanna: Dengan nama Allah, cuba beritahukan kepada saya atas dasar apakah Syi‘ah menetapkan mereka di pihak yang benar? Ulama Sunni: Golongan Syi‘ah berkata demikian kerana mereka berpandukan kepada sebuah hadith Nabi (s.a.w) yang bersabda: “Ahl al-Baytku ibarat bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa menaikinya akan selamat dan barangsiapa menyingkirkan diri daripadanya akan tenggelam dan sesat.” Sehubungan dengan ini juga, mereka percaya bahawa Imam ‘Ali (a.s) bersama-sama kebenaran dan kebenaran itu bersama-sama dengan Imam ‘Ali (a.s). Kedua-dua buah hadith tersebut memang terkenal di kalangan semua mazhab Islam. Namun demikian, sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, umat Islam mulai menentang Ahli al-Bayt (kaum kerabat) Rasulullah (s.a.w) dan mengisytiharkan Abu Bakr sebagai pengganti (khalifah). Golongan Syi‘ah enggan member¬ikan taat setia (bai‘ah) kepada Abu Bakr, sebaliknya terus bersa¬ma-sama dengan Imam ‘Ali (a.s) dan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w). Lantaran itu, Syi‘ah menjelaskan bahawa merekalah yang paling benar dari kalangan tujuh puluh tiga (73) kumpulan (mil¬lah) tersebut. Yuhanna: Sekiranya golongan Syi‘ah dapat memberikan hujah-hujah untuk menjelaskan dua keraguanku, tentunya kebenaran mereka dapat diketahui. 1) Benarkah Rasulullah (s.a.w) dan Ahl al-Bayt baginda menentang Abu Bakr, ‘Umar dan para pengikut mereka. 2) Benarkah Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Ahl al-Baytku dan para Imam yang suci ialah para pemimpin yang tulus dan benar selepasku.” Di samping hujah-hujah daripada bahan-bahan Syi‘ah, saya akan merasa yakin seandainya mendapat bukti-bukti dari kalangan kitab Ahl al-Sunnah sendiri. Ulama Sunni: Ya, perkara yang anda jelaskan tadi memang benar, adil dan patut dihormati. Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman memang bertelingkah dengan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w). (Di sini, Yuhanna merasa sungguh kecewa sambil mengemukakan soalan-soalan seterusnya dan berharap akan mengetahui segala kebenaran dan kepastian.) Yuhanna: Wahai ulama mazhab Sunni, saya bermohon dengan nama Allah yang telah berfirman dalam Surah al-Baqarah (2): 159: “Sesungguh¬nya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati pula oleh semua makhluk yang dapat melaknati.” Cuba jelaskan apakah terdapat alasan yang kukuh dan hujah yang kuat, sama ada dalam al-Qur’an mahupun hadith bahawa sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman telah memusnahkan jalinan hubungan mereka dengan Ahl al-Bayt, ‘Ali, Fatimah dan `Abbas. Ulama Sunni: Ya, Sahih al-Bukhari, kitab yang paling sahih menyebutkannya dalam dua bentuk: 1) ‘A’isyah berkata: Ayahnya, Abu Bakr bertelingkah dengan ‘Ali selama hampir enam (6) bulan sewaktu isterinya, Fatimah (a.s) masih hidup. 2) ‘Umar berkata: ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas mempunyai hubungan yang tegang dengannya. Yuhanna: Kenapakah ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas menentang kekhalifahan Abu Bakr dan ‘Umar? Terdapat sebahagian penjelasan dalam mazhab anda mengatakan bahawa menurut pandangan Syi‘ah, perlantikan Abu Bakr dan ‘Umar yang dilaksanakan oleh umat Islam daripada mazhab Sunni sebagai pengganti Nabi adalah dianggap tidak sah. Ulama Sunni: Kitab-kitab kami ada meriwayatkan pandangan Syi‘ah tersebut yang ternyata membuktikan bahawa Imam ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas telah berselisih faham dengan Abu Bakr dan ‘Umar. Contohnya, `Umar memberitahu ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas, sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, bahawa Abu Bakr bangun sambil mengata-kan, dia merupakan orang yang paling layak menggantikan Rasulul-lah (s.a.w). Pada ketika inilah, ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas menuntut warisan mereka. ‘Abbas menanyakan bahagiannya daripada hak kepu¬nyaan anak saudaranya (Nabi (s.a.w)), manakala ‘Ali (a.s) pula bagi pihak bapa mertuanya (Nabi (s.a.w)). Abu Bakr menjawab: Nabi telah bersabda: “Kami para nabi tidak meninggalkan warisan. Apa yang kami tinggalkan hanya berupa sadaqah.” Kedua-dua perkara itu tadi telah disebutkan hanya oleh Abu Bakr seorang sahaja. Allah Maha Mengetahui, apakah Abu Bakr berkata benar ataupun sebalik¬nya. Selepas kematian Abu Bakr, ‘Umar menggantikannya sebagai khalifah. Justeru itu, ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas mengatakan dia (Abu Bakr) sebagai pendusta, manakala mereka berdua pula di pihak yang benar. Jadi, bagaimana ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas boleh menuntut warisan daripada hak kepunyaan Rasulullah (s.a.w) itu? Semua kenyataan ini dibuat oleh ‘Umar sewaktu dihadiri oleh para sahabat Nabi dan tokoh terkemuka yang lain seperti Anas bin Malik, ‘Uthman, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, Zubayr, Sa‘id dan lain-lain. Tiada seorang pun bangun menyatakan bantahan mereka terhadapnya dan ini jelas membuktikan bahawa Abu Bakr dan ‘Umar benar-benar menentang Imam ‘Ali (a.s) dan ‘Abbas. Ulama Sunni menyebutkan hal ini dalam kitab-kitab mereka. Yuhanna kemudian mencelah sambil berkata: Wahai tuan-tuan yang mulia! Marilah kita lupakan sebarang prasangka dan sikap berpura-pura dan kembali dalam perbincangan ini dengan fikiran yang tenang dan terbuka mencari kebenaran yang hakiki. 1) Kitab-kitab anda seperti Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari ada meriwayatkan bahawa Abu Bakr dan ‘Umar berbeza pendapat dengan Ahl al-Bayt Nabi (s.a.w) dan keadaan ini terus berlanjutan sehingga ke akhirnya. Kenapa boleh terjadi demikian?. 2) Jikalau prinsip-prinsip utama pegangan Syi‘ah itu, mereka mendapatkannya daripada pimpinan dan tunjukajar kaum kerabat Nabi (s.a.w), apalah salahnya mereka berbuat demikian. Sila berikan hujah daripada kitab-kitab anda? SADIQ – NAMA BAGI AHL AL-BAYT MUHAMMAD (S.A.W) Berbagai-bagai hujah dan dalil menyokong fakta yang mewajibkan umat Islam mempelajari dan mengambil pimpinan daripada Rasu¬lullah (s.a.w) dan Ahl al-Bayt (a.s) kerana mereka memang selayaknya mendapat penghormatan dan kemuliaan. Ini dapat dilihat dalam kitab-kitab karangan Syi‘ah dan Ahl al-Sunnah. Yuhanna mengaitkannya sebagai bahan perbincangan ketika meneruskan soal¬ jawab dengan para Ulama Sunni. Yuhanna: Wahai tuan-tuan yang mulia! Berdasarkan kepada kalimah La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah, saya menuntut anda semua menceritakan hadith-hadith yang berkaitan dengannya kepada saya, daripada kitab-kitab anda yang telah mengangkat martabat dan status suci Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w). Ulama Sunni: Ya, Zayd bin Arqam telah meriwayatkan sebuah hadith dalam Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari, iaitu Nabi (s.a.w) bersabda: “Para malaikat turun memberitahuku mengenai saat-saat kepergianku yang kian hampir. Oleh sebab itu, aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sangat berharga (al-Thaqalayn) iaitu al-Qur’an yang menjadi sumber ilmu, dan Ahl al-Baytku (keluarga Rasulullah (s.a.w)) yang dimuliakan Allah dan sudah sepatutnya dihormati oleh sekalian umat manusia.” Dalam kitab Jami‘ al-Sahihain, Nabi (s.a.w) berdoa: “Ya Allah, berkatilah ‘Ali (a.s) dengan sifat dermawan dan jadikanlah kebenaran sentiasa berada di pihaknya.” Sahib al-Kasysyaf (al-Zamakhsyari) mencatatkan sebuah hadith, sabda Nabi (s.a.w): “Fatimah (a.s) adalah kekuatan hatiku, dua cahaya matanya adalah buah hatiku, suaminya adalah sinar kedua-dua mataku.” “Semua Imam menjadi tali penghubung antara Allah dan manusia.” “Barangsiapa mencari petunjuk menerusi mereka akan dirahmati dan diampuni, dan barangsiapa menyingkirkan diri daripada mereka akan musnah.” Malahan Nabi (s.a.w) pernah bersabda: “Ahl al-Baytku ibarat bahtera Nabi Nuh (a.s), barangsiapa menaiki bahtera itu akan selamat.” Yuhanna: Hadith yang bersumber daripada kitab anda itu boleh dipercayai, khususnya di kalangan mazhab anda sendiri. Bagi mereka yang telah mengetahuinya, seandainya mereka cuba menghindarkan diri daripada mengikuti Ahl al-Bayt, nescaya Allah jua yang Maha Mengetahui, apakah Syi‘ah itu di pihak yang benar ataupun sebaliknya. Kedua: Kalau hadith tersebut terdapat dalam kitab-kitab anda sendiri, justeru itu apakah sebabnya anda mengutuk mereka dan mengatakan mereka selayaknya dibunuh. Anda membandingkan Ahl al-Bayt Rasulullah (s.a.w) dengan Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman se-dangkan hadith Muslim jelas mewajibkan (umat Islam) mengikuti Ahl al-Bayt (a.s). Jika Syi‘ah yang berbuat demikian, sudah tentulah mereka berada di pihak yang benar. SUATU PEMERHATIAN TERHADAP ABU BAKR, ‘UMAR DAN ‘UTHMAN Para Ulama Sunni memberikan suatu corak baru dalam perbincangan itu dengan menyatakan bahawa perkataan rafidi (yang digunakan untuk Syi‘ah) diambil daripada perkataan rafd yang bermaksud “menentang perintah dan sabda Nabi (s.a.w).” Justeru itu, mereka layak menerima kutukan kerana melawan dan mengkritik tindakan para sahabat Nabi seperti Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman. Yuhanna: Atas dasar apakah, Syi‘ah menentang ketiga-tiganya? Maulana Rasyid Syafi‘i: Di antara hujah-hujah Syi‘ah ialah mereka mengatakan: “Abu Bakr telah bertindak menyakiti hati Fatimah (a.s) dan barang siapa yang menyakiti Fatimah (a.s) bererti dia menyakiti Nabi (s.a.w). Sekiranya Rasulullah (s.a.w) disakiti nescaya laknat Allah akan ditimpakan ke atas orang yang bertanggungjawab melakukannya.” Yuhanna: Perkara yang sama terdapat dalam hadith Nabi (s.a.w) yang juga didapati dalam kitab-kitab anda. Sahih al-Bukhari, kitab yang paling sahih ada menyebutkan bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Fatimah (a.s) adalah sebahagian daripada diriku. Barangsiapa menyakiti Fatimah (a.s), dia menyakiti diriku dan barangsiapa bersikap tidak sopan terhadapnya, ia juga bersi¬kap demikian terhadapku.” Hadith-hadith tersebut ada disebutkan dalam kitab anda, dan anda sudah seharusnya beriman dengan hadith-hadith itu. Cuba terangkan secara terperinci, adakah Abu Bakr memang pernah meny-akiti hati Fatimah (a.s) ataupun tidak? Ulama Sunni: Memang benar hadith itu tadi ada tercatat dalam kitab kami. Sahih al-Bukhari juga menyebutkan bahawa sele¬pas kewafatan Nabi (s.a.w), Fatimah (a.s) telah menemui Abu Bakr untuk menuntut hak warisannya, tetapi Abu Bakr menolak tuntutan nya. Atas alasan inilah, Fatimah (a.s) telah berkecil hati terhadapnya dan tidak pernah bercakap dengannya sehinggalah kematian menjemputnya pergi. Fatimah (a.s) telah meninggalkan pesan untuk suaminya Imam ‘Ali (a.s) agar menguburkannya pada waktu malam supaya Abu Bakr dan para sahabatnya tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian ataupun mengetahui perkara tersebut. Inilah di antara intisari yang terkandung dalam hadith itu. ‘A’isyah sendiri mengesahkan bahawa selepas Nabi (s.a.w) wafat, Fatimah (a.s) telah datang berjumpa dengan Abu Bakr dan menuntut kebun Fadak (yang Nabi (s.a.w) perolehi semasa Perang Khaybar) dan hanya Fatimah (a.s) sahajalah satu-satunya pewaris kebun tersebut. Abu Bakr menafikan haknya sambil mengemukakan sebuah hadith yang menerangkan bahawa “para nabi tidak mening-galkan sebarang warisan. Apa sahaja yang menjadi milik nabi hanyalah berupa sadaqah untuk diagihkan kepada seluruh umat Islam, termasuklah juga keluarga nabi yang berhak menerima hasil¬nya.” Sepanjang hayat Rasulullah (s.a.w), baginda menggunakan harta itu bagi faedah umum, justeru itu Abu Bakr ingin melaksanakan hal yang serupa. Dengan bertindak demikian, dia telah menafikan semua hak Fatimah (a.s). Kejadian ini digambarkan dengan jelas dalam kitab Sahih al-Bukhari daripada riwayat ‘A’isyah. (Kebun Fadak itu telah diubahkan kepada nama Fatimah (a.s) pada masa Rasulullah (s.a.w) masih lagi hidup, tetapi selepas baginda wafat, Abu Bakr telah meram¬pasnya dari Fatimah (a.s).) Yuhanna: Hadith-hadith tersebut ternyata membuktikan bahawa Abu Bakr memang benar-benar telah menyakiti hati Fatimah (a.s) dan bertindak secara tidak adil terhadapnya. Apabila Fatimah (a.s) disakiti, seolah-olah Nabi (s.a.w) sendiri yang disakiti. Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab (33): 57: “Barangsiapa menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan.” Al-Qur’an dan al-Hadith Nabi (s.a.w) telah menegaskan demi¬kian. Jadi, sesiapa sahaja biarpun mereka itu terdiri daripada kalangan sahabat Nabi sekalipun, mereka juga layak dilaknati sekiranya menyakiti atau bertindak tidak wajar terhadap Rasulul¬lah (s.a.w) dan anak perempuan baginda, Fatimah (a.s). Sampai ke peringkat ini, para Ulama Sunni kebingungan dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Mereka kemudiannya cuba mencari helah bagi mengatasi persoalan ini dengan mengalihkan tajuk perbincangan kepada persoalan lain iaitu sama ada kekhalifahan Abu Bakr itu adalah daripada anugerah Allah ataupun ijma‘. Yuhanna: Kenapa anda semua membisu. Sila kemukakan jawapan kepada persoalan ini? Ulama Sunni: Para ulama terdahulu daripada kami telah pun memberikan jawapannya. Mereka mengatakan bahawa khalifah mereka adalah seorang yang adil kerana mereka diisytiharkan menerusi pemilihan orang ramai (ijma‘) dan telah diakui kesahihannya. Jadi, bagi sesiapa yang tidak mahu menerima hakikat ini selayaknya dibunuh Yuhanna: Maksud anda, titik perbezaan persoalan ini adalah oleh kerana pemilihan khilafah ini dibuat secara ijma, ia hendak¬lah dianggap adil dan sah, dan sekiranya Ahl al-Bayt Nabi (s.a.w) menentang keputusan ini, mereka layak dihukum bunuh. Kedua: Anda juga mengatakan bahawa Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Uthman akan ditempatkan di syurga, dan ini perlu kepada bukti. Sebenarnya, perkara ini telah dirakamkan oleh al-Hamidi dalam kitab Jami‘ bain al-Sahihain. Beliau memetiknya daripada ‘Abdul¬lah bin ‘Abbas yang meriwayatkan daripada Nabi (s.a.w) yang telah bersabda: “Apabila umatku dibawa ke hadapanku di Hari Pengadilan nanti, sebahagiannya dimurkai Allah. Lalu, aku bertanyakan sebab-nya, kerana mungkin mereka terdiri daripada para sahabatku juga.” Allah menerusi wahyu kemudiannya memberitahuku: “kamu tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kewafatanmu yang menjadi faktor penyebab segala kejadian yang buruk. Aku akan menjawab, bahawa sepanjang hayatku aku memang mengetahui gerak-geri mereka tetapi apabila aku mati hanya Engkaulah sahaja Tuhan yang Maha Mengetahuinya. Apa sahaja yang Engkau lakukan, itulah kehendakmu kerana Engkaulah Tuhan yang Maha Adil. Pada ketika itu Allah akan mewahyukan kepadaku iaitu sahabat-sahabat tadilah yang telah melawan segala perintah dan ajaran selepasmu.” Dari bukti ini menunjukkan bahawa mereka bukanlah orang yang layak menerima rahmat Allah dan menduduki syurga-Nya. Sahih al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa ‘Umar pernah berkata: “Pemilihan khalifah Abu Bakr dilakukan secara tergesa-gesa (faltah) dan tidak begitu perlu, juga tidak dilakukan menu¬rut pendapat bersama.” “Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada kejadian ini pada masa yang akan datang. Jika sekiranya didapati sesiapa sahaja mengikuti cara ini, tangkaplah dia dan bunuh.” Yuhanna membuat kesimpulan bahawa pemilihan Abu Bakr bukan-lah dilakukan menurut keputusan Rasulullah (s.a.w) mahupun oleh umat Islam seluruhnya. ADAKAH PERLANTIKAN ABU BAKR BAGI JAWATAN KHALIFAH DILAKUKAN OLEH NABI (S.A.W)? Yuhanna: Adakah Rasulullah (s.a.w) melantik Abu Bakr bagi jawatan khalifah itu hanya untuk beberapa hari sahaja ? Ulama Sunni: Semasa Rasulullah (s.a.w) sedang menderita sakit, baginda telah meminta para sahabatnya yang duduk berdekatan supaya membawakan dakwat dan pena supaya baginda dapat mem-berikan petunjuk dan pimpinan yang berguna untuk membantu mereka selepas kewafatan baginda (s.a.w). Lalu seorang sahabat Nabi berkata: “Oleh kerana Nabi (s.a.w) dalam keadaan nazak (sakit tenat), baginda meracau-racau (hajara).” Yuhanna: Bolehkah anda namakan sahabat yang mengucapkan kata-kata tersebut? Ulama Sunni: Dia ialah ‘Umar yang menyebutkan perkataan tersebut di luar daripada batas kejujuran dan rasa hampirnya kepada Nabi (s.a.w). Yuhanna: Maksudmu, dia (‘Umar) merasa bimbang dan khuatir Nabi (s.a.w) akan menuliskan perlantikan khalifah yang bakal menggantikan baginda. Justeru kerana ragu-ragu yang dia sendiri tidak akan terpilih, lalu dia (‘Umar) menolak permintaan Nabi (s.a.w) (untuk mendapatkan dakwat dan pena). Dengan itu, dia telah mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) meracau-racau dan tidak boleh ditaati perintahnya. Wahai para ulama cerdikpandai yang dimuliakan! Aku sedang mencari yang paling benar. Aku bukannya daripada golongan Syi‘ah atau Sunni. Anda mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) dalam wasiat baginda tidak melantik sesiapa pun sebagai penggantinya, tetapi hasil pengkajianku daripada kitab Tawrat dan Bible menunjukkan bahawa Allah tidak pernah mengurniakan kenabian (al-Nubuwwah) kepada sesiapa pun juga sehinggalah dia menetapkan siapa bakal penggantinya. Malahan al-Qur’an sendiri telah mengatakan bahawa sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia meninggalkan wasiat apabila sedang sakit tenat dan dengan berbuat demikian dapat meletakkan keluarga anda dalam keadaan yang baik. Di pihak yang lain, kitab-kitab anda al-Bukhari, Muslim dan kitab al-Fara’id telah mencatatkan hadith yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w) supaya anda meninggalkan wasiat dan meletakkannya berhampiran ketika sakit. Ini jelas menunjukkan adalah mustahil Nabi (s.a.w) tidak membuat perlantikan pengganti selepasnya sebelum baginda menghem¬buskan nafasnya yang terakhir. Kalau begitu, tentunya ini bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi (s.a.w) sendiri. Mengenai persoalan Nabi (s.a.w) menentang perintahnya sendiri tidak timbul kerana ternyata tidak ada bukti yang dapat membenarkannya, begitulah juga dari segi logik akal. Wahai ulama sekalian! Beritahukanlah kepadaku bagaimanakah Syi‘ah boleh mendakwa bahawa ‘Ali (a.s) sebagai khalifah yang sah selepas Nabi (s.a.w). Para ulama: Mereka mengambil banyak hadith untuk menyokong dakwaan mereka itu. Yuhanna: Aku memohon anda sekalian dengan nama Rasulullah (s.a.w) agar memberitahuku apakah terdapat hadith-hadith tersebut dalam kitab-kitab anda? Mawlana Rasyid Syafi‘i: Ya. Hadith-hadith tersebut memang banyak terdapat dalam kitab-kitab yang menyokong dan menguatkan dakwaan mereka itu. SEBAHAGIAN DALIL-DALIL YANG SAHIH BERHUBUNG KHILAFAH ‘ALI (A.S) Mawlana Rasyid Syafi‘i: Bab-bab berkenaan Khalifah ‘Ali (a.s) ada disebutkan dalam kitab-kitab tersebut: 1) Dalam kitab Ma‘alim al-Tanzil, Nabi (s.a.w) membaca surah al-Syu‘ara’ (26): 214: “Wa Andhir ‘Asyirata-ka al-Aqrabin” (dan berilah peringatan kepada kaum kerabatmu yang dekat) yang dimak¬sudkan kepada ‘Ali adalah saudaraku dan khalifahku. Nabi (s.a.w) seterusnya meminta orang lain supaya mereka mentaatinya dan tidak menentangnya. ‘Ali (a.s) telah merawikan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersab¬da seperti berikut: “Bahawa pada ketika ayat ini diwahyukan kepada Nabi (s.a.w), baginda telah memanggil aku dan memerintah¬kanku supaya membawa semua kaum kerabat ‘Abd al-Muttalib ke suatu ruangan dengan bilangan mereka hampir empat puluh (40) orang. Kemudian, dia menyediakan makanan dan susu dalam sebuah bekas yang besar. Nabi (s.a.w) menyampaikan khutbahnya dengan bersabda: “Wahai kaum kerabat ‘Abd al-Muttalib, aku ditugaskan membawa rahmat dan berita gembira buat anda semua sama ada di dunia ini mahupun di hari akhirat nanti. Allah s.w.t telah memer-intahkanku mengajak dan menyeru anda ke jalan yang benar. Siapa-kah di antara kalian yang mahu menurutiku dan menjadi saudara dan pemimpinku.” Apabila tidak ada seorang jua pun yang mahu menyahut seruan Nabi (s.a.w), ‘Ali (a.s) lantas bangkit dan berkata: “Lab¬baik”” (Aku menyahut seruanmu) Aku bersedia mengikutimu, ya Rasulullah (s.a.w). Orang lain yang hadir dalam pertemuan itu mentertawakan mereka dan terus berlalu pergi. Mereka pergi menemui Abu Talib dan memberitahunya bahawa Muhammad (s.a.w) telah memerintahkannya supaya menuruti perintah anaknya sendiri.” 2) Berdasarkan sumber-sumber Sunni, Ahmad bin Hanbal telah menyebutkan dua buah dalil yang sahih. Abi’l-Bara’ bin Azib berkata bahawa sewaktu dia dalam perjalanan bersama-sama dengan Rasulullah (s.a.w) sebaik sahaja mereka sampai di Ghadir Khum, Nabi (s.a.w) telah mendirikan sembahyang zohor. Sesudah selesai, baginda kemudiannya memegang tangan `Ali (a.s) sambil bersabda kepada sekalian sahabat: “Katakan padaku tidakkah aku lebih berkuasa ke atas setiap mu’min lebih daripada diri mereka sen¬diri.” Mereka yang hadir menjawab: “Benar.“ Kata baginda lagi: “Ketahuilah dan ingatlah sesiapa yang menjadikan aku sebagai mawlanya (pemimpin) maka `Ali (a.s) juga adalah mawlanya. Ya Allah! Cintailah siapa yang memperwalikan dia dan musuhilah sesiapa yang memusuhi dia dan jauhilah sesiapa yang menyingkirkan dia dan dia ialah `Ali bin Abi Talib (a.s), adikku dan wasiku(warisku). Wilayat (taat setia serta kecintaan kepada `Ali (a.s)) ini telah diwajibkan oleh Allah s.w.t yang Maha Agong lagi Maha Berkuasa. Sekalian anda di sini mempunyai tugas menyampaikan perintah ini kepada setiap mereka yang tidak hadir di sini!” Selesai pengisytiharan Rasulullah (s.a.w), `Umar al-Khattab bangun mengucapkan tahniah kepada Imam `Ali (a.s) dengan kata-katanya: “Tahniah wahai anak Abu Talib, engkau menjadi mawla kepada sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan.” 3) Tha`labi meriwayatkan daripada Haris bin Nu`man. Selepas peristiwa Ghadir Khum, dia pergi berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan secara sinis menanyakan: “Engkau telah menceritakan keesaan Allah dan kenabianmu dan kami beriman dengan semua itu. Kemudian, engkau telah memerintahkan kami mendirikan sembahyang lima waktu, kami melakukannya. Selepas itu, engkau menyuruh kami melakukan haji dan kami tetap mentaatinya. Sekarang, engkau melantik pula sepupu bapa saudaramu sebagai mawla dan menyuruh kami membai`ahnya (taat setia) dengan kata-katamu: “‘Ali (a.s) ialah mawla bagi orang yang menjadikan aku mawlanya.” Cuba jelas¬kan kepadaku adakah perintah ini daripada Allah atau daripada diri engkau sendiri ?” Nabi (s.a.w) lalu bersumpah dengan nama Allah bahawa segala-galanya telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Haris, kemudian berlalu pergi sambil berdoa kepada Allah, jika sekiranya kata-kata yang diucapkan oleh Rasulullah (s.a.w) itu benar, biarlah Allah menurunkan bala’ atau laknat ke atasnya. Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, batu-batu jatuh menimpanya dan membunuhnya. 4) Ahmad bin Hanbal telah meriwayatkan bahawa pada suatu hari Salman telah bertanya kepada Nabi (s.a.w) tentang siapa yang bakal menggantikannya. Nabi (s.a.w) menjawab: `Ali (a.s) ialah warisnya yang bakal melunasi segala hutang dan menyempurnakan tugas-tugasnya. 5) Ibn Maghazali Syafi`i telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Manaqib bahawa Nabi (s.a.w) pernah bersabda: “Putera-putera `Ali (a.s) ialah putera-puteraku jua.” Yuhanna: Wahai ulama Sunni sekalian! Bila sahaja anda menyatakan kelebihan Imam `Ali (a.s) dan keistimewaannya daripada kitab-kitab anda, aku dapat membuat kesimpulan bahawa Syi`ah memang berada di pihak yang benar. Anda menentang mereka semata-mata hanya kerana kejahilan dan kedangkalan anda mengenai mereka. Kalau memang hadith-hadith tersebut terdapat dalam kitab-kitab anda, jadi mengapakah anda tidak dapat menerima khilafah dan Imamah `Ali (a.s)? Ulama Sunni: Sebaik sahaja Rasulullah (s.a.w) wafat, umat Islam telah bersatu dan bersetuju melantik Abu Bakr sebagai khalifah. Mereka juga memerintahkan semua orang agar mematuhi keputusan tersebut dan sekiranya ada yang menentang, mereka hendaklah dibunuh. Yuhanna: Kalau dalil-dalil mengenai khilafah `Ali (a.s) sudah jelas dicatatkan oleh kitab-kitab anda, justeru itu apa perlunya kepada keputusan ijma` yang lain. Mawlana Rasyid Syafi`i: Kami tidak sekali-kali meragui kesahihan dalil-dalil tadi. Kami mengakui kebenarannya tetapi kami rasa pendapat atau keputusan itu bertentangan dengan apa yang kami yakini. AL-QUR’AN DAN KHILAFAH `ALI (A.S) Yuhanna: Saya ingin tahu sama ada dalam al-Qur’an terdapat ayat-ayat al-Qur’an yang menegaskan kekhalifahan dan keimaman `Ali (a.s).” Mawlana Rasyid Syafi`i: Sesetengah dalil yang menjadi hujah Syi`ah dalam persoalan ini juga terdapat dalam kitab-kitab kami. Di antaranya: 1) “Inna-ma waliyyu-kumullah …” diceritakan dalam kitab kami Sihah al-Sittah, diturunkan kepada `Ali (a.s) apabila beliau mensadaqahkan sebentuk cincinnya kepada seorang pengemis semasa sedang sembahyang. Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t telah menya¬takan `Ali (a.s) sebagai waris dan pengganti Rasulullah (s.a.w). Perkara ini telah diterima oleh umat Islam kerana di antara Nabi Muhammad (s.a.w) dan `Ali (a.s) tidaklah ada perbezaannya. 2) Allah berfirman, surah al-Ahzab (33): 6: “Nabi itu hendaklah lebih utama bagi orang-orang mu’min daripada diri mereka sendiri … dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah antara satu sama lain lebih berhak (waris mewarisi) dalam kitab Allah daripada orang-orang mu’min dan orang-orang Muhajirin.” Jadi, berdasarkan ayat di atas tadi, jelas menunjukkan `Ali (a.s) ialah kaum kerabat yang paling dekat dengan Rasulullah (s.a.w) dan orang yang paling berhak mewarisi baginda. Kalau ada yang cuba membantah dengan mengatakan `Abbas, bapa saudara Nabi lebih layak sebagai pengganti, tentunya ia tidak dapat diterima kerana `Abbas berbeza daripada `Ali (a.s) kerana dia tidak pernah bersama-sama dengan Rasulullah (s.a.w) terutama sekali sewaktu hijrah Nabi (s.a.w). 3) Perintah Rasulullah (s.a.w) lebih utama berbanding dengan yang lain (biarpun ia daripada isteri-isteri Nabi, sahabat-sahabat atau sesiapapun jua) dan al-Qur’an sendiri telah menya¬takan: “Sebahagiannya Kami lebihkan daripada sebahagian yang lain.” 4) Biarpun sekiranya dia seorang mu’min tetapi tidak turut bersa¬ma-sama Rasulullah (s.a.w) berhijrah, dia tidak layak menjadi pengganti baginda. Walaupun `Abbas ialah bapa saudara sebelah bapa kepada Nabi (s.a.w), namun `Ali (a.s) lebih patut mewarisi Nabi (s.a.w) kerana beliau ialah sepupu Rasulullah (s.a.w) daripada kedua-dua belah pihak, bapa dan ibu. 5) Dalam surah al-Baqarah (2): 124, Allah berfirman: “Sesungguh¬nya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia. Ibrahim berkata: (dan saya mohon juga) daripada keturunanku. Allah berfirman lagi: Janji-Ku ini tidaklah mengenai orang-orang yang zalim.” 6) Ibn Mas`ud merawikan daripada al-Humairi yang telah meri-wayatkan sabda Nabi (s.a.w): “Allah hanya memberitahu aku dan `Ali sahaja untuk menyeru sekalian umat manusia kepada kebena-ran kerana mereka tidak pernah menyembah berhala-berhala.“ 7) Allah berfirman dalam al-Qur’an: “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Uli’l-Amr dari kalangan kamu.” Rasul-rasul atau para utusan Allah tidak sekali-kali menyeru manusia kepada sesuatu yang lain selain daripada ketaatan kepada Allah s.w.t semata-mata. Allah s.w.t jua telah memerintahkan umat manusia supaya taat dan patuh kepada segala perintah-Nya. Tentulah wajib bagi kita untuk mentaati para utusan Allah itu kerana hanya mereka sahajalah yang dapat menjadi panduan disebabkan mereka terdiri daripada orang-orang yang bersih dan suci. Perkara ini sudah menjadi kepastian kerana selepas kewafatan Rasulullah (s.a.w), tidak ada seorang pun yang layak menggantikan baginda kecuali `Ali (a.s) dan hanya beliau sahaja seorang yang ma`sum (terpeli¬hara daripada dosa). APAKAH HUJAH YANG MEMBUKTIKAN KEMAKSUMAN `ALI (A.S) Yuhanna: Bagaimanakah cara untuk membuktikan `Ali (a.s) seorang yang ma`sum? Mawlana Rasyid Syafi`i: Syi`ah mempunyai banyak hujah untuk menyokong alas an tersebut. Surah al-Ahzab (33): 33 menyebut¬kan: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” Semua mazhab sama ada Syi`ah ataupun Sunni mengatakan ayat ini hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad, `Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.”`Abdullah bin Marz¬bani telah menceritakan bahawa pada suatu ketika beliau berada bersama-sama Rasulullah (s.a.w) sebelum mendirikan sembahyang subuh, beliau melihat semasa Rasulullah (s.a.w) keluar daripada rumah baginda, beliau akan menyentuh rumah `Ali (a.s) dan berkata: “Assalamu `alai-kum wa rahmatu-llahi wabarakatuh.” `Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn (a.s) membalas “Wa `alai-kum as-salam ya Nabiyyu-llah wa rahmatu-llahi wa barakatuh.” Sekali lagi Rasulullah (s.a.w) menyebutkan “As-salat yarhamkumuLlah”, lalu kemudian membaca ayat: “Innama yuridu-llah ” dan terus menuju ke masjid. Di atas hujah inilah, iaitu: “Allah telah membersihkan mereka daripada segala kekotoran (bermaksud Nabi (s.a.w) dan Ahl al-Bayt (a.s)), mereka dianggap ma`sumun kerana tidak pernah melakukan sebarang dosa dan maksiat sama ada kecil mahupun besar. Ahmad ibn Hanbal dalam kitabnya Sihah al-Sittah telah menceritakan: Ummi Salma berkata: Semasa Rasulullah (s.a.w) berada bersama-samaku, lalu Fatimah pun masuk. Rasulullah (s.a.w) memintanya memanggil suami dan anak-anaknya dan mereka pun segera datang. Rasulullah(s.a.w) pada waktu itu sedang berselimut kain kisa’. Fatimah, `Ali dan dua orang anak mereka turut sama berselimut di dalamnya. Sejurus kemudian, Allah s.w.t mewahyukan ayat al-Tathir (kesucian) kepada Nabi (s.a.w) yang dibawa oleh malaikat Jibril (a.s). Rasulullah (s.a.w) menadahkan tangan berdoa kepada Allah semoga mereka yang berselimut dalam kain kisa’ merupakan kaum kerabat baginda yang paling diberkati. “Ya Allah! Jauhkanlah segala dosa dan kekotoran daripada mereka dan jadikanlah mereka orang-orang yang ma`sumun.” Ummi Salma memohon keizinan Rasulullah (s.a.w) untuk menyer-tainya dan Nabi menjawab: “Tetaplah kamu di situ dan engkau jua daripada kalangan orang yang dirahmati Allah juga.” Ummi Salma mengikut arahan Rasulullah (s.a.w) dan merasa gembira sepanjang hayatnya. Peristiwa ini juga diriwayatkan dalam kitab Sahih Muslim dan Sahih Abu Daud. Yuhanna: Jika anda sendiri sudah mengetahui hadith tadi secara terperinci dan diakui sahih, kenapakah anda menolak per¬lantikan `Ali (a.s) sebagai pengganti Rasulullah (s.a.w.a) bahkan sebaliknya memberikan keutamaan kepada khilafah Abu Bakr yang jelas tidak mempunyai hujah dan dalil yang sahih. KEUTAMAAN DAN KEISTIMEWAAN `ALI (A.S) Maulana Rasyid Syafi`i: Wahai para Ulama Sunni, mengapakah anda membuat dakwaan tersebut sedangkan anda tidak dapat mengemukakan hujah untuk membuktikannya. Di pihak `Ali (a.s), jelas terdapat bukti-bukti yang memperakui kelebihan `Ali (a.s). Para ulama: `Ali (a.s) tidaklah lebih utama daripada orang lain bahkan sama sahaja kedudukannya. Yuhanna: Anda bercakap tidak berasas langsung kerana setiap orang dinilaikan menerusi keilmuan dan perbuatannya. Tidak ada perbuatan yang lebih baik daripada Jihad fi sabili-Llah. Ini kerana Allah telah menyatakan dalam al-Qur’an bahawa orang-orang yang berjihad dan berjuang di dalam perang lebih baik daripada orang-orang yang tinggal diam di rumah. Mari kita lihat, siapakah di kalangan para sahabat Nabi yang berbuat demikian, memiliki banyak ilmu dan merupakan pejuang Islam yang terkemuka. KELEBIHAN ILMU `ALI (A.S) Mari kita bincangkan tentang keilmuan `Ali (a.s) kerana para ulama mazhab Sunni juga mengakuinya. Dalam konteks ini, Rasu-lullah (s.a.w.a) bersabda: “ Ana Madinat al-`ilmi wa `Aliyyun babu-ha ” yang bermaksud ” Akulah kota ilmu dan `Ali ialah pintunya.” Nabi juga bersabda: “`Ali (a.s) melebihi segala yang lain.” `Ali (a.s) mengatakan seandainya aku seorang khalifah, nescaya aku akan menjawabkan segala persoalan dan masalah yang dihadapi oleh para pengikut al-Qur’an dengan berpandukan al-Qur’an sendiri, dan begitulah juga dengan para pengikut kitab al-Tawrat, Bible dan Zabur dari¬pada kitab-kitab mereka sendiri juga. `Ali (a.s) berkata: “Tanyalah kepadaku apa sahaja yang dicip-takan Allah di syurga mahupun di bumi ini kerana keilmuan tentang semua itu telah diberitahukan kepadaku.” Abu Bakr sendiri semasa menjadi khalifah berucap kepada orang ramai, katanya: Janganlah bertanya kepadaku semasa `Ali (a.s) masih ada. Tanyakanlah kepadanya kerana beliau sahaja yang boleh menyelesaikannya. Aku ini, sama sahaja dengan anda semua. Sekiranya aku berbuat salah, tolonglah betulkan dan sekiranya aku benar, ikutilah aku. Kini, tugas untuk membetul dan memimpin umat terletak di tangan Imam. Kalaulah dia sendiri melakukan kesalahan, jadi bagaimanakah para pengikutnya dapat membetulkannya. Abu Bakr dalam masalah-masalah kecil sekali pun merujuk kepada `Ali (a.s). Kitab Syahriyar (mengandungi hadith-hadith sahih) yang menunjukkan keilmuan yang ada kepada `Ali (a.s). Di sini Nabi (s.a.w.a) dikatakan bersabda: ” Ilmu pengetahuan terbahagi kepada 10 bahagian, sembilan darinya ada pada `Ali (a.s) dan bahagian yang ke-10 itu dibahagi-bahagikan kepada umat manusia di bumi ini.” Atha` menceritakan bahawa timbul persoalan menanyakan apakah ada dari kalangan para sahabat Nabi yang lebih bijak daripada `Ali (a.s). Baginda berkata: Dengan nama Allah, saya bersumpah tidak ada seorang pun dapat mengatasi `Ali (a.s) dari segi keil¬muan dan kebijaksanaannya, bahkan untuk menyamainya pun tidakakan ada. Apabila surah Haq ayat 12 diturunkan, Nabi (s.a.w.a) memohon kepada Allah: “`Ali, saudaraku semoga berkekalan memiliki keil¬muan yang tinggi.” Al-Bukhari dalam Sahihnya meriwayatkan Nabi (s.a.w.a) bersabda kepada Fatimah (a.s): ” Wahai anak perempuanku, suamimu adalah makhluk Allah yang paling mulia dari segala-galanya.” Ini menunjukkan sesiapa sahaja, walau sehebat mana sekalipun masih perlu merujuk kepada `Ali (a.s) untuk menambahkan ilmu dan kebijaksanaannya. Contohnya, `Abdullah ibn `Abbas yang dikenali sebagai tokoh ulama’ yang terbilang pada zaman itu merupakan anak murid `Ali (a.s). Asim, qari yang handal pada masa itu juga tidak berupaya menandingi keilmuan `Ali (a.s). Abu Hanifah yang dianggap terulung di antara tokoh-tokoh Sunni adalah murid kepada Imam Ja`far al-Sadiq (a.s) yang memperolehi segala ilmu pengetahuan daripada ajaran datuknya, `Ali (a.s). Malahan boleh dikatakan semua tokoh-tokoh Sunni yang empat iaitu Abu Hanifah, Maliki, Syafi`i dan Hanbali mengakui sumber ilmu yang mereka perolehi itu bersumberkan daripada `Ali (a.s). Sahib al-Kasysyaf menceritakan, `Umar beberapa kali mengakui ” jikalau tidak ada `Ali (a.s), sudah tentu binasalah `Umar.” Dengan hujah-hujah inilah, kebanyakan mazhab Islam menerima `Ali (a.s) sebagai makhluk Allah yang paling utama dan suci dalam kitab-kitab mereka. KEBERANIAN `ALI (A.S) Untuk mencari suatu contoh lain mengenai kelebihan `Ali dan keberaniannya adalah agak mustahil. Di medan perang, kilasan pedang Dhu al-Faqar (pedang `Ali (a.s) daripada pemberian Nabi) tidak ada tandingannya. Rasulullah (s.a.w.a) ketika menyebutkan kepahlawanan `Ali (a.s) menyatakan Darbat `Ali yaum al-Khandak yang bermaksud, sekali libasan pedang Dhu al-Faqar `Ali (a.s) yang membunuh Amr ibn Abd Wudd adalah lebih utama daripada segala ibadat yang ada di syurga dan di bumi. Apabila golongan kafir bertembung dengan `Ali (a.s) dalam medan perang, mereka akan mengatakan bahawa Islam berkembang dan bertambah kuat dengan adanya `Ali (a.s). Penglibatan `Ali (a.s) di medan perang dengan begitu hebat, mendorong wujudnya perkataan berikut: ” La fata illa `Ali, la saifa illa Dhu al-Faqar” yang bermaksud (Tiada pemuda yang serupa `Ali dan tidak ada pedang seumpama Dhu al-Faqar). Peperangan Uhud menyaksikan ramai sahabat Nabi melarikan diri dari medan perang kecuali `Ali (a.s). Nabi (s.a.w.a) berkata kepada `Uthman: ” Engkau termasuk di antara mereka yang melarikan diri. Perasaan sayang kepada nyawamu sungguh besar sehinggakan kamu sanggup meninggalkanku. Hanya `Ali (a.s) sahaja yang tetap teguh bersamaku. Beliau bukan sahaja berjuang melawan golongan kafir itu malahan begitu mengambil berat tentang hal diriku.” Melihatkan kejadian ini, para malaikat berkata di syurga: “Lihatlah bagaimana seorang adik berusaha mempertahankan abangnya di medan pertempuran biarpun bahaya berada hampir dengannya.” Nabi (s.a.w.a) berkata: ” Sudah sepatutnya kerana dia adalah daripada diriku dan aku pula daripada dirinya.” Abu Bakr, `Umar dan `Uthman pada masa itu membiarkan Nabi (s.a.w.a) keseorangan dan lari mendapatkan perlindungan di Madinah. Allah (s.w.t) berfirman sempena peristiwa ini: “Ingatlah suatu masa apabila ketakutan menerpa dan engkau tidak dapat berbuat apa-apa, tidak dapat melihat, menarik nafas dan engkau berlari ke arah bukit-bukau seperti kambing-kambing gunung, dan engkau meragui Penciptamu, begitulah sifat-sifat orang yang menderhakai Tuhannya apabila mereka diuji.” Di medan pertempuran Khandak, Amr ibn Abdawud mencabar orang-orang Islam, tetapi tidak ada seorangpun yang maju ke hadapan menyahut cabarannya kecuali `Ali (a.s) yang berjaya membunuhnya hanya dengan sekali libasan pedang sahaja. Kelebihan dan kehebatan `Ali (a.s) berbanding dengan para sahabat yang lain memang jelas terbukti. SIFAT DERMAWAN, SIMPATI DAN KEPERKASAAN `ALI (A.S) Sifat-sifat pemurah, baik hati dan suka mengambil berat hal orang lain begitu menjiwai hidup `Ali (a.s). Tidak ada seorang pun yang memiliki ciri-ciri tersebut selepas Rasulullah (s.a.w.a) selain dirinya. Contoh, beliau berpuasa bersama-sama keluarganya selama 3 hari berturut-turut dan pada masa berbuka, beliau mensa¬daqahkan semua makanannya kepada golongan miskin. Itulah `Ali (a.s). Surah Hal Ata diturunkan Allah mengambil sempena peristiwa tersebut. Sa`adi Syirazi, pujangga Parsi yang terkenal mengungkapkan beberapa baris ayat, antara lain dia berkata: “Apakah ada lagi orang yang berani memuji `Ali (a.s) sedangkan Allah sendiri telah pun mewahyukan surah Hal Ata untuknya.” Perkara tersebut terdapat dalam kitab-kitab kedua-dua mazhab, Syi`ah dan Sunni. Allah (s.w.t) berfirman kepada malaikat Jibril dan Mikail: “Aku jadikan kamu berdua sebagai saudara. Beritahukan kepadaku, siapakah di antara kamu berdua yang sanggup mengorbankan jiwanya untuk yang lain.” Kedua-duanya mendiamkan diri, lalu Allah menya¬takan: ” Lihatlah betapa beraninya `Ali (a.s) tidur di tempat peraduan Rasulullah (s.a.w.a) di atas bumi itu dan dengan berbuat demikian, dia telah menyelamatkan saudaranya daripada musuh-musuhnya. Turunlah ke bumi dan selamatkanlah nyawa `Ali (a.s) kerana musuh-musuh Allah sedang mengepungnya dan hindarkanlah dari terjadi sesuatu ke atas dirinya.” Ketika malaikat turun, mereka mendapati `Ali (a.s) sedang nyenyak tidur di atas katil Rasulullah (s.a.w.a) dengan memakai pakaian baginda (s.a.w.a). Mereka memuji-muji `Ali (a.s) sambil berkata: “Allah sungguh bangga di atas pengorbananmu, dan kerana perbuatanmu yang mulia itu, kami terselamat dari ujian Allah. Ini adalah selingkar kisah yang berlaku pada malam-malam Hijrah. SIFAT RENDAH DIRI `ALI (A.S) Sifat rendah diri `Ali (a.s) dapat dilihat menerusi makanan yang dimakannya, hanya terdiri dari roti dan barli, manakala pakaiannya pula diperbuat dari daun-daun atau pelepah-pelepah tamar. Beliau tidak suka kepada kehidupan duniawi dan baginya dunia ini tidak mempunyai apa-apa erti. Al-Khwarizmi dalam kitabnya, Manaqib menceritakan Nabi (s.a.w.a) bersabda: ” Wahai `Ali (a.s), Allah telah menghiasi dirimu dengan sifat-sifat yang tidak ada seorang jua pun dapat memilikinya.” IBADAT `ALI (A.S) KEPADA ALLAH (S.W.T) Memang sudah diketahui umum, `Ali (a.s) mendirikan sembahyang (salat) seribu rakaat sehari semalam. Ini boleh dilihat dalam kitab-kitab sejarah (Tarikh). Walaupun keilmuan `Ali (a.s) diakui tidak ada tandingannya, namun orang-orang yang mengingin¬kan jawatan khalifah tidak mendiamkan diri dalam usaha mereka untuk merampas dan menafikan hak Khilafah `Ali (a.s) dengan cara memperkecil-kecilkan kelebihan yang ada padanya. Al-Qur’an sendiri menyatakan bahawa: “Barangsiapa berada di jalan yang lurus (sirat mustaqim) atau memimpin umat manusia ke jalan yang lurus, dia mestilah diikuti,” dan “Barangsiapa tidak diberikan petunjuk Allah, dia tidak boleh menjadi pemimpin kepada orang lain.” Para Ulama Sunni diam membisu apabila mendengarkan semua cerita yang diambil daripada kitab-kitab mereka itu, dan tidak berupaya lagi mencari jalan keluar untuk menyelamatkan mereka. Lantaran kerana keengganan menerima hakikat ini, mereka berdalih dengan mengatakan: “Pelantikan Khilafah Abu Bakr dilakukan oleh orang-orang yang lebih unggul daripada kami, justeru itu kami menuruti apa yang telah mereka putuskan.” Yuhanna: Allahu-Akbar!!! Kamu tidak ubah seperti penyembah berhala, apabila merekatidak dapat memberikan hujah-hujah yang menyakinkan, mereka berdalih dengan mengatakan mereka hanya menuruti jejak langkah nenek moyang mereka yang dirasakan benar. Sekarang ini, konsep bertaklid tersebut memang jelas salah dan dengan mengikutnya secara membuta tuli, tentulah akan menam-bahkan penyimpangan dan penyelewengan dari hakikat yang sebenar-nya. KRITIKAN TERHADAP PARA SAHABAT Para ulama Sunni di peringkat terakhir ini mengemukakan satu persoalan lagi, “Jika sekiranya golongan Syi`ah dapat meninggalkan perkara ini, kami akan berhenti menentang mereka.” Yuhanna: Apakah persoalan itu? Para ulama: Mereka hendaklah berhenti mengkritik dan mengutuk Abu Bakr, `Umar, `Uthman dan `A’isyah kerana Syi`ah percaya bahawa barang siapa mempunyai hubungan dengan mereka tidak akan dapat memasuki syurga. Ini tentunya tidak dapat diterima. Yuhanna: Apakah Syi`ah mempunyai dalil-dalil untuk membuktikannya? Maulana Rasyid Syafi`i: Syi`ah berhujah dengan peristiwa semasa Abu Bakr menjadi khalifah, dia telah menyingkirkan dan menafikan hak Fatimah (a.s) [satu-satunya buah hati Rasulullah (s.a.w.a)] ke atas tanah Fadak, dan melukakan hatinya dengan cara tersebut. Lantaran itulah, Fatimah (a.s) tidak pernah bertegur sapa lagi dengan Abu Bakr semasa hayatnya masih di kandung badan. Yuhanna: Benarkah apa yang dikatakannya itu? Para ulama: Kami tidak menafikannya kerana kejadian ini juga disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Yuhanna: Hadith Rasulullah (s.a.w.a) menyatakan dalam kitab kamu sendiri yang bermaksud: “Fatimah (a.s) adalah sebahagian daripada diriku. Barang siapa menyakiti hati Fatimah (a.s), juga menyakiti hatiku, dan barang siapa menyakitiku bererti menyakiti Allah (s.w.t).” Al-Qur’an menyebutkan firman Allah [yang bermaksud]: “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat.” Kalaulah Sahih Muslim, al-Bukhari dan al-Qur’an semestinya benar, sudah pasti sesiapa sahaja yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya patut dilaknat. Berkenaan dengan ‘A’isyah, memang benar dia melawan ‘Ali (a.s) dalam Perang Jamal atau dengan kata-kata lain menentang Rasulullah (s.a.w.a) juga. Nabi (s.a.w.a) pada masa hayat baginda mengatakan: “Sesiapa memusuhi ‘Ali (a.s), dia juga memusuhi aku dan sesiapa bersahabat dengannya, juga bersahabat den¬ganku.” Dalam Islam, wanita tidak dibenarkan terlibat dalam perang. Jadi, kalau seorang itu menentang Imam (pemerintah yang sah), dia berhak dilaknat oleh Allah dan Rasul-Nya. Kini, para ulama tadi semuanya mendiamkan diri dan Yuhanna telah pun menemui apa yang dicarinya selama ini. Dengan tenang, beliau meminta para ulama’ Sunni supaya tidak lagi menggelarkan golongan Syi‘ah sebagai Rafidi, kerana merekalah yang sebenarnya berada di pihak yang benar. Mereka mempunyai hujah yang kuat dan kukuh bahawa di antara 73 mazhab dalam Islam, hanya mazhab mereka sahaja yang diberkati Allah (s.w.t). Sesiapa sahaja yang mulanya mengakui hakikat ini tetapi kemudian berpaling tadah tidak mahu berbuat demikian akan selama¬nya berada dalam kesesatan yang nyata. Wahai para Ulama Sunni sekalian, saksikanlah bahawa aku kini telah menerima Islam dan Syi‘ah sebagai peganganku, dan aku berharap moga-moga Allah memberkatiku. Aku bersaksi dengan kalimah suci: “Asyhadu an la ilaha illa-Llah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, wa asyhadu anna ‘Aliyyan wali wa wasi al-Rasul, wa khalifata bi’l-Haq” (Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasul Allah, ‘Ali adalah wali dan wasi Rasul dan khalifah yang benar). Aku menerima mazhab Syi‘ah dalam Islam. Aku bermohon kepada Allah semoga Dia akan memberikan petunjuk kepadaku untuk menuju kehidupan seterusnya dan aku berharap agar aku jua dimatikan Allah bersama-samanya. BIBLIOGRAFI Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H. al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959. al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H. al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H. al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H. al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969. ____________, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978. al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idah, Beirut, 1990. Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H. al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H. al-Hakim, al-Mustadrak Bain al-Sahihain, Cairo, 1969. Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H. Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H. Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H. Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969. Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956. al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H. al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959. Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H. Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953. ____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965. ____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H. Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H. al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987. Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987. Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958. ____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H. Al-Kulaini, Raudat al-Kaafi, Beirut, 1985 H. Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H. al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993. Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972. Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H. ____________, al-Riyad al-Nadhirah, Cairo, 1389 H. Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut, 1967. Muslim, Sahih, Cairo, 1967. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H. al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959. ____________, al-Sunan, Cairo, 1958. al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H, al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, Cairo, 1381 H al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H. Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Cairo, 1381 H. al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H. al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, Beirut, 1984. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961. ____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368 _________, al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387 Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958 al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 ____________, Jami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380 al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.

Leave a comment